Bercuti di kedah : (mahsuri , pantai chenang)

PART 1
PART 2
PART 3

Assalamualaikum, Lepas je kekitorang pergi naik cable cari tu, kitorang gerak pergi makam mahsuri. Tapi memang tak masuk pun. Sebab dorang kata tak ada apa-apa pun. Lagipun tak seperti yang aku bayangkan pun. Just turun situ amek gambar then beli minyak angin yang wangi tu. Tu je.

Ada tu kita bergambar la sikit kan sambil beli sebundle minyak gamat.



Lepas je bergambar dengan penuh feeling nak mampus jadi dan maka kami pun berangkatlah ke Pantai Chenang. Tapi tak pun sebenarnya, Before tu kitorang ada gerak kejap ke kedai gamat yang memang banyak gila gamat ya rabbi. Siap kita boleh masak sekali.


Ha , ini la maksud aku siap kita boleh masak sekali. Aku masa memula tengok terkejut juga bila abang sepupu aku tu masukkan tangan dia dalam kolah tu, rupanya tak panas. Betapa lambatnya aku tahu. HAHA.


Lepas tu baru la kitorang gerak betul-betul ke Pantai Chenang tu kan.  Aku memang tak plan pun nak mandi kat situ. tapi bila mata aku dah nampak banana boat , kau memang tak tahan la. Aku nak naik jugak.



Mula-mula tu nak naik jet ski tapi kan aku ingat kan murah tau. Rupanyaaaa kan , tobat tak mau tanya lagi. Lepas ni aku kahwin aku nak ajak laki aku naik jet ski. dia yang bayar. HAHA.


Sebelah aku tu pakai baju biru tu boleh kira macam anak sedare aku la. Bapak aku punya anak buah punya anak. Kiranya yang si kecik tu adalah cicit bapak aku. Ha ! Tua dah kooo Haji Ali, dah ade cicit. Kau pun tua Alia dah ade cucu. HAHA.

Benda tu tak pandai naik pun, baru diri je dah gedebik jatuh. Gasak berat terlebih pula.

Sepupu aku dah ade cucu dah. Aku ni kahwin pun belum. Bila akan tiba masanya ya?


Adik aku yang tetengah tu memang gatal sikit. Hai senang nya dalam hati kalau berisiteri dua. Seperti dunia anak yang punya. kalau beristeri empat , boleh kurus la lelaki tu. Btw , itu semua mak sedare.


Serius ni doe !  masa kali pertama aku tengok gambar ni gelak terbahak-bahak aku sampai tak tahan nak terkentot. Memang nampak gilak ah muka gatal-gatal memasing.

Yang baju oren tu adalah sepupu aku yang dah ade cucu. Yang tengah tu sepupu aku yang dah ade anak. Yang baju cokelat tu adalah makcik aku. Aku ni hanya anak dan belum ade anak. Lambatnyaaaaa. Ini kerana bapak ku anak bongsu dari 20 orang adik beradik. Memey la lambat kan.

Aku tak boleh nak tahan ah tengok gambar nie. Entah kenapa aku rasa lawak nak mampuih. Dorang tengok sendiri pun dorang gelak awww. Katanya panas sebab tu rembat je spek aku tu ha.. Adui !


Kenangan yang tak akan aku lupakan naik banana boat. Gasak kemain payah lagi nak naik benda tu balik bila dia dah jatuhkan kitorang dekat tengah-tengah pulau tu. Dah la tak sampai. Dia ingat aku tinggi sangat ke apa ha? ish.

Memang payah ah nak naik balik. Nasib baik ad dua hero yang keding meleting sudah tarik kitorang naik atas. Itu pun bukan main payah lagi sebab berat terlebih kan. Sampai tiga orang tarik aku dengan sepupu aku yang sebelah aku.

Sah Alia , turunkan berat badan.

Serius kisah pasa banana boat ini lah yang menjadi bualan hangat family kami. Rasanya tujuh hari tujuh malam tak menghabis duk ulang kisah banana boat nie. Waduh ! kbaiii

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: