Di suatu hari itu..

Menanti jawapan yang tak pasti..

Aku menoleh ke kiri memanggil seseorang untuk menyerahkan sesuatu kepada yang berhak. Kebetulan ada yang lebih tinggi kuasanya melalui membuatkan aku berhenti dari melakukan hal tersebut.

Aku beri barang itu kepada insan lain, lalu diberikan pada seseorang yang tubuhnya kelihat kurus dan sangat tinggi berukuran 185 barangkali. Lalu barang itu diserahkan kepada dia. Lalu dia pun bertanya siapakah yang memberi barang tersebut. Jawabnya aku.

Aku hairan. Barang itu bukan dariku.

Tanpa membuang masa dia meletakkan semua bungkusan itu keatas riba orang lain dan kemudian dia bangun. aku jeling sedikit. Memang jadi kegemaranku untuk menjeling untuk melihat wajahnya. Kata mereka lagi aku juga yang beri. Itu membuatkan dia bangun dan terus keluar dari bilik.

Aku terdiam.. aku berfikir..

Seandainya benar semua itu daripadaku, apa salahnya jika dia mengambil dan menghargainya. Kenapa payah dan susah benar? Aku kaku dan jantungku bagai tersentap terus aku berpusing ke belakang.

Kisah ini membuatkan aku terfikir, sampai bila ?

Ada mungkin yang tidak faham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi tujuan aku menulis ini kerana aku ingin melepaskan kekesalan yang bertandang dihati. Kenapa dia memperlakukan aku begitu? Kenapa? Apa salah aku pernah lakukan padanya.

Jeda

Aku harap semua ini akan berakhir. Jawapan yang menggembirakan aku dan akan menjadi kenangan paling terindah dalam hidupku.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: