Jangan mainkan perasaan orang

Please jangan mainkan perasaan orang!

Apa kau ingat hati perempuan ni pampers? hati perempuan ni kuih pelita? Oh please la. Jangan mainkan perasaan dia. Kau tak kan tahu sakitnya sampai kau kena sula baru kau faham.

Ada orang bercakap berdasarkan pengalaman, ada orang bercakap melalui menjadi pendengar kisah orang. ada orang bercakap berdasarkan kisah orang sekeliling.

Aku? semua.

Tolonglah bilamana kau tak ada hati dekat dia, tolong jangan rapat kawan dengan dia. Jangan layan dia macam kau tu kompem memang suka dekat dia. Kau tahu tak hati perempuan ni cepat naw perasan. Kau sedar tak hakikat tu?

Kau rasa bangga la bilamana kau dapatkan mainkan perasaan orang!

Oh tak guna!

Kenapa spesis kau wujud? atau sepatutnya spesis wanita tak payah wujud agar korang boleh memainkan perasaan antara satu sama lain. Ha ! Gay !

Kau tak suka tapi kau ambil kisah. Kau tak suka tapi suka pujuk. Kau tak suka tapi hari-hari nak masej nak call macam akan mati terkojol kalau sehari tak masej atau call. Kau tak suka tapi kau raikan semua kisah dia. Apebenda ni? Kau nak makan penampar ke nasi?

tsk. Lap air mata.

Tolong ah weh ! Tolong keyh. Kau ingat dia tak tahu rasa sakit tu macam mana walaupun kau selalu dengar dia ketawa gelak macam nothing wrong. Dasar hati dia kau faham tak gelodak jiwa yang melanda. Cewah, sastera kejap. Bangga ai.

Pergi la dari hidup dia kalau kau tak suka.

Berhenti buat semua tu.
Okay, tak berfaedah.
Sakit bukan kepalang.
Kau pernah tahu kan rasa terluka.

Tapi..

kau lupa kau tak pernah rasa terluka sebelum memiliki. Kau hanya pernah terluka dan kecewa selepas kau memiliki. Mungkin kau rasa luka kau lagi perit, tapi kau tak sedar ada lagi terseksa sebab buang masa bazir masa bertahun menanti bintang jatuh dalam dakapan. Then terpaksa pergi melangkah pergi sebelum bintang tu jatuh disisi.


Sakit weh. Allah je tahu masa tu. Dia je jadi pendengar peneman setia malam-malam hari yang terseksa dan merana itu. Orang lain mana? tak. orang lain tak tahu.

Jadi please jangan buat dia lagi. Kau tak tahu jadi jangan beri harapan palsu.

Pergi kalau itu yang terbaik. Kau tak akan pernah faham.

'insyallah kita akan ditakdirkan bersama'

2 comments:

Cik nadya said...

sabar sabar.

memang sakit disakiti. kite cakap macam mane pon kat 'die' takkan rasa pe2 ponn.. takde efect..

biar masa menentukan segalanya. pasti dia akan rasa dan menyesal.

fifie feyca said...

sabar sabar... hanya org y merasai n melalui akan faham perasaan ni.. so be strong.. its ur time to let go.. find someone else better than him coz only that can teach him how to appreciate..