Perasaan masa tu.. #mh17


Motif kenapa aku letak gambar ni? sebab kapal terbang ni la, aku telah merasa 'agaknya macam tu perasaan para mangsa kapal terbang terhempas'. Sadisss

Etihad.. from Abu Dhabi to world..

Masa aku naik flight ni otw dari Jeddah ke Abu Dhabi, then transit ke Kuala Lumpur. Gilaaa ko masa ni pengalaman yang paling berharga yang tak akan aku lupakan sampai bebila. Gila babikk gituu.

Sempena kes #mh370 dan #mh17 ni, aku nak la share pengalaman aku masa naik flight ni otw pergi ke Abu Dhabi. Serius, tengok kapal terbang dia, okay je tapi bila dia dah gerak, kriuk-kriuk bunyinya. Aduiih, seram kak long masa tu dek non.

Okay, jalan punya jalan ada la dalam 5 atau 6 jam atau aku pun tak ingat berapa jam perjalanan dari jedaah ke abu dhabi ni. Atau tak silap atas kesalahan aku makan semut banya, 3 atau 2 jam. Mhuahaha. Serius, aku tak ingat. Tu.. agak-agak la.

Masa memula tu okay jer cuma kriuk-kriuk tu je la. Pas uh bila dekat skrin dah tulis dalam 20 minit akan landing, masa tu dah lega ah. Lepas jugak azab takut-takut dengan kriuk-kriuk asli bak iklan maggie tu.

Masa dah nak landing, melalui skrin tengok dia dah terlajak ke depan. Serta merta kapal terbang dalam keadaan laju tu, dia turunkan kapal terbang tu sekali zuppppp.. kau bayangkan kau lari laju-laju sekuat hati kau, tiba-tiba kau terjatuh dari atas gaung. Masa tu apa perasaan kau. aku rasa jantung macam nak terkoyak broo.

Kes dia macam ni.. Pilot ni dah nak landing tapi mungkin dia terlebih aggaran dari jarak sepatutnya dia kena rendahkan kapal terbang. Bila dah dah terlajak dia perlu gunakan jumlah jarak yang banyak untuk turunkan kapal terbang tu dalam kelajuan yang laju agar dia boleh landing dengan baik.

Huh, baik atok ler.. Bukan sekali, dua kali tiga kali empat kali. Dia macam nak terjunam rasa masa tu. Orang dalam terbang semua dan menjerit dan sebut 'Allahuakhbar' 'subhanallah' Dan mengucap segala bagai.

Masa tu aku dah pegang tangan umi ngan walid sekuat hati. Jantung tu dah tak boleh nak cakap la. Masa tu just ingat mati. Tapi terfikir juga, alangkah bagus jika aku mati saat ini sebab kita baru pulang dari rumah Allah. tapi umurku masih panjang.

Dalam flight tu pula banyak orang indon kan? Jadi pepaham je la orang indon punya mulut kecoh macam mana kan? memang dah kecoh ah dalam tu walaupun lampu kecemasan semua dah dinyalakan. Kau tak gila kau macam tu?

Memang sumpah weh ingat mati jerk !

Pas uh... dalam 10 minit macam tu stabil sikit. Semua dah lepas tangan pandang sesama sendiri. Muka pucat lesi kau.. gila tak takut? tapi masa tu dah tawakal ah kalau apa-apa berlaku. Susah ah nak bayangkan macam mana rasa masa tu..

Yela... dalam keadaan laju macam tu , tiba-tiba dia turunkan kapal terbang tu. Itu sama la rasa macam kapal terbang terhempas mungkin. Tapi keadaan mereka lagi terus sebab kalau tehempas memang jatuh terus dalam keadaan yang sungguh laju. Cuma keadaan aku ni just laju dan tiba-tiba jatuh. Pas uh jalan elok balik.. pas uh jatuh balik.

AZAB oii nak tunggu lagi beberapa minit walaupun mata dan nampak lapangan terbang masa tu. Huh...

Syukur.. kalau tak, tak menaip ler entry aku sekarang ni.

Sungguh, lepas tu semua orang keluar dalam keadaan bising untuk membicarakan hal yang berlaku sebentar tadi. kebas kaki tangan jantung nyawa segala bagai.  Tak tahu la macam mana.

Pas uh.. Dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur naik virgin australia. Alhamdulillah okay la walaupun dia pun terlajak tapi dia buat pusingan balik. Bila landing je, semua orang dalam flight tu tepuk tangan and bernyanyi bagi non muslim and bagi muslims mereka bertakbir beberapa kali.

Meremang bulu roma.


Ya Allah, memang sedih kot tengok kisah #mh370 #prayforgaza #mh17. Aku tengok gambar je pun, kemain meleleh airmata aku ni ha. Dasar cepat tacink betul. Bila baca kisah dia, ya Allah... Tak tahu apa akan jadi pada aku kalau itu berlaku pada keluarga aku. terumata permata hati aku umi n walid.

Semoga mereka ditempat dikalangan orang soleh. amin..

No comments: