Ramadhan Kareem

Bismillah..

Rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua orang yang ada dimuka bumi ini samada yang kenali diri ini ataupun tidak. Gitu..

Kita pun baru masuk ramadhan ke SEMBILAN.

ya Allah, sekejapnya.

Macam mana amalan?

Targetku tahun ni nak dapat Ramadhan yang berkualiti. Time to change myself. Dulu, ya rabbi, kemain susah nak solat terawih. Kalau buat pun, kekadang ikhlas, kekandang tak. Baca al-quran pun masa bulan ramadhan nak tak nak je. Tak ikhlas langsung!

Malunyaaa bila fikir balik. Ramadhan datang sekali. Masa tu la nak rebut. Tapi alpanya diri ini dengan nikmat dunia sampai tak nak bersujud pada yang esa. Ramadhan hanya pada kuantiti hari sahaja tapi tidak wujud kualitinya.

Jadi, tahu ni, mari sama-sama kita betulkan niat. Fikir sejenak kenapa kita didunia nie.

Aku tak baik mana, tapi bila dah dewasa sikit, boleh fikir mana yang baik. Ramdhan ni belum tentut every year kita akan dapat. silap-silap habis je Ramdhan ni, maknanya jadi 'salam terakhir'. Cewah..

1- Lepas sahur, cuba dapatkan solat sunat. Kalau tak mampu, its okay. Lepas solat subuh. Cer mengaji at least satu mukasurat. Cuba buat benda yang kita tak buat before ni walaupun setengah mukasurat.

2- Kalau bangun awal pagi tu, cer la buat solat sunah dhuha. Aku ni memang payah ler nak bangun awal pagi. susah bebenor. Itu la kelemahannya.

3- Lepas solat zohor, cuba ambil masa sekejap untuk baca al-quran dan banyakkan berdoa. Takpe, baca setengah muka pun dah okay. Asalkan ada amalam diisi. Tapi seeloknya cuba banyakkan. Tak lama pun, tapi aku pun kekadang terlajak gak. Manusia..

4- Kalau rajin lepas asar cuba la mengaji atau baca-baca hadis. Tapi kalau dah letih, tak apa. Boleh rehat. Cuba zikir-zikir ke..


5- Sebelum buka puasa. Please banyakkan berdoa. Masa tu doa mustajab sangat. Tapi, masaalah aku ni malu sangat nak doa depan mak bapak aku. Sebab nanti depa ejek aku doa nak cepat kahwin ler tu. HAHA. tahu-tahu jerk.

6- Lepas solat maghrib, duduk la kejap baca surat al-khahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Tolong amalkan hari-hari. Aku pun tengah cuba sebab takut. Aku tak nak jadi hamba yang sesat diakhir zaman-zaman. Memang kekadang malas, tapi cuba..cuba.. Jangan lupa baca juga satu mukasurat al-quran.

7- TERAWIH jangan lupa. Itu paling penting. Meskipun ianya hanya sunat tapi make sura korang sampai ke final liga ramadhan. Pleaseee.. sama-sama kita kejar 10 malam terakhir yang banyak ganjarannya. Kalau bola ada final, ramadhan pun ada final. Masa tu memang sikit orang. Jadi rebutlah jadi antara yang sikit tu.


Aku share ni bukan aku nak bajet baik. Tapi kita nak saling kongsi ilmu. Aku ni lagi banyak kena belajar. Cuba nak betulkan hati dan diri. Kotor dan hitam dah hati aku ni. Mungkin ada kesedaran sedikit. Moga istiqmah.

Doa supaya semua amalan kita dan taubat kita akan diterima. Termasuk diri aku sekali.

ceet, rasa macam ustazah pulak hari nie.

Tu jerr nak kongsi. Assalamualaikum..

'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik nadya said...

Ya ALLAH! deep. semoga puasa kali nih lebih barakah.. dan diterima oleh-NYA :)
#salam ramadhan almubarak awak