Tak rela dimadu (racun)


Bismillah..

Ini kisah bukan benar. 

Aku bukan tidak percayakan takdir, 
Cuma aku tertanya, layakkah aku menerima madu,
Sedangkan aku sedang menelan racun,
Tuhan itu tahu,
Ya, aku sedang mati dalam cintamu,
Aku ikhlas tulus namun gantianmu adalah kecurangan,
Aku tak rela dimadu, kerana pati madumu adalah racun.

(PART 1)

"Saya tak boleh hidup tanpa dia. Awak mesti faham apa jiwa seorang perempuan bila dia dah jatuh cinta. Tolong Sara, saya merayu pada awak sebagai seorang teman, bukan seorang musuh". Gadis yang mengakui dia bernama Juwita memandang sayu kearahnya.

"Minta la sendiri pada dia". Sara sakit hati.

"Awak perlu tahu yang dia sayangkan  saya, dia juga sayangkan awak. Saya merayu pada awak, benarkan la kami berkahwin. benarkan la semuanya berlaku dengan baik. Tolong jangan hampakan saya. Saya rela bermadu, Sara". Katanya lagi.

Sara diam. Dia berfikir sejenak. sejak dari tadi, puas Sara menahan airmata. Berita tentang kecurangan suaminya, benar-benar menyakitkan. Dia tidak sangka teganya suaminya itu?

"Baik lah, saya benarkan awak kahwin dengan dia". Tutur Sara lembut dan tenang.

"Betul ke Sara? Saya tahu dia tak akan tinggalkan awak. Dia terlalu sayangkan awak, tapi kami dah terlanjur mencintai. Dia sayangkan saya juga, Sara. Saya harap sangat awak faham. saya datang dengan cara baik. Saya nak minta cara baik".

"Hm". Sara sakit hati.

"Maafkan saya, Sara". Juwita serba salah.

"Awak jangan risau, saya tak akan ganggu perkahwinan awak. saya sendiri akan pastikan yang Ardan daftar perkahwinan dengan awak. Saya juga akan pastikan masa majlis akad nikah awak, diri saya tak akan membuat onar.

I keep my promise, Juwita. Tak sangka masih ada manusia yang boleh minta bermadu dengan cara baik kan. Hm, mesti awak terfikir kalau semudah ni boleh minta bermadu dengan saya, agaknya dah lama awak buat dajal je kan belakang saya". Sinis kata-kata Sara.

"Sara..." Bibir Juwita bergerak-gerak.

"Its okay Juwita. awak dah dapat lelaki yang awak cinta. please make sure jangan ada gadis lain yang MERAMPAS dia dari awak macam mana awak RAMPAS dia dari orang lain". Sekali lagi Sara mengeluarkan ayat pedas.

Juwita terasa. Tapi, dia peduli apa? cukup dia dapat bersama dengan Ardan, itu sudah membahagiakan. Bukan semua perempuan tegar macam dia minta izin dari isteri pertama. Pasti Ardan gembira bila dapat tahu yang Sara sudah membenarkan.

Kalau la dia tahu semudah ini untuk meminta Ardan dari Sara, sejak dua bulan yang lalu lagi dia dah jumpa Sara. kenapa la Ardan begitu payah nak tanya Sara? tengok.. mudah sahaja.

"Sara, saya janji akan jadi madu yang baik untuk awak. saya akan hormat awak sebagai isteri pertama. Kebenaran awak untuk benarkan saya berkahwin dengan Ardan sudah cukup bermakna buat saya. Terima kasih Sara". Juwita tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------

"Besok kita pergi Jabatan Agama Islam". Kata Sara tiba-tiba sewaktu mereka hendak beradu. Ardan yang sudah terbaring itu terus bangun dan duduk memandang isterinya dari belakang. dahinya sedikit berkerut memikirkan kata-kata Sara sebentar tadi.

"Buat apa?". Tanya Ardan.

"Untuk daftarkan perkahwinan abang dengan Juwita la". Tenang sahaja keadaan Sara.

"Apa Sara cakap ni?". Ardan terkejut. dia tidak sangka Sara akan tahu semua ini. tetapi, bagaimana Sara tahu? Ardan jadi kecut perut. Dia risau tiba-tiba.

"Abang jangan berlakon depan Sara kalau hari tu abang takut nak pergi ujibakat pilih kasih tu. Cukup la bang, Juwita jumpa Sara siang tadi". Masih mendatar suara Sara.

Jiwanya meronta-ronta untuk mengetuk kepala Ardan dengan lampu tidur yang ada berdekatan dengannya. biar Ardan hilang ingatan dan semuanya settle. Sara marah dan rasa macam hendak menjerit. 

"Sara.. abang.."

"Lepas daftar perkahwinan, kita akan daftarkan perceraian kita". Tambah Sara sebelum Ardan meneruskan kata-katanya.

"Sara..." Sekali lagi Ardan tergamam.

"Kenapa? abang tak sabar ke?". Sinis kata-kata Sara tanpa memandang suaminya.

Ardan terdiam.


Bersambung... HAHA. Aku pun masih tertunggu update yang no dua.

1 comment:

Cik nadya said...

alahaiii.. sakitnya hatii wooo...

selamat hari raya awak =)