Minggu Haluan Siswa UM #2

Okay, bersambung yang seterusnya.

Hari keempat :

Disini langsung aku tak mengambil satu gambo pun sebab masa ni duk kena pergi dekat fakulti dan kos memasing. Masa ni memang habis-habisan kita akan jumpa kawan lama dekat Nilam Puri sebab semua bawah satu jabatan kans.

kelas aku syariah law ada dalam 23 orang. Tak ramai dan tak sikit sangat. okay ler tu.

Lepas tu petang tu ada pertandingan bola tampar and so on. Aku sebut bola tampar sebab aku masuk bola tampar. Patutnya kami lawan hari tu tapi disebabkan dah malam jadi tak sempat maka berlalu pada hari seterusnya.

Malam tu pulak ada pogram my top skill. Bersama dengan abg bad. Memang best kot. Asik gelak je bila turn dia kedepan.

Tepuk macam kamu tak pernah tepuk tangan.

Berdiri macam seumur hidup kamu tak pernah berdiri.

Duduk macam selama ni kamu tak pernah duduk. debakkk.

Lucu sangat abang bad nie. Memang hari keempat ni langsung takde gambar. Cari sumber pun takde. Alahai~

Hari kelima:

Macam biasalah ada penerangan pasal persatuan yang ada dekat sini. Lepas tu ada sedikit taklimat dari pemimpin Persatuan Mahasiswa. Dari presiden yang memmbuatkan aku tak mengantuk sebab dia nsem yang comel sangat. HAHA. Presiden Fahmi Zainol. HAHA. Gatai naaaa.


Lepas tu petang tu seperti biasa kami ada perlawanan bola-bola bagai tu. Tapi nampaknya sekali lagi harapanku terkubur bilamana hujan membasahi bumi jadi tak boleh la nak main.


Jadi kami  semua dibernarkan balik untuk rehat dan siapa nak sokong nasyid koir boleh.  tidur la aku pilih.

Okay,

Malam tu pulak our PM (Pemudahcara Mahasiswa) siap dah pesan awai-awai kat kami malam nie kena gempak-gempak tepuk tangan sebab ada tetamu isitimewa.

Teka  siapa?

1- Pencipta rekod renang yang cacat penglihatan
2- Angkasawan no 2
3- Pak Nil.

Gila tak gila memang gempak ah,

Masa tu baru tahu yang Pak Nil dan tiga jemputan lagi tu dari UM. Pak Nil dulu belajar dalam kos ekonomi sedangkan dia nak ambik law ikut macam allahyarham Sudirman. Idola dia.

Bebudak yang duduk bilik Pak Nil dulu dapat hadiah dari Pak Nil. Gila jeles, Pak Nil siap tunjuk lagi macam mana rupa bekas awek dia dulu masa zaman U dulu. Kemain ko Pak Nil. Serius sporting habis ah.


Disebabkan Pak Nil jemputan istimewa maka dia telah dihadikan jaket varsity. Comel tak dia pakai? eksited gila kot masa dia dapat tu. Sebijik macam bebudak. Cuteee jer.

Hari keenam :

Ini adalah hari terakhir, masa ni agak sedih jugak la kan. Tapi seronok ah sebab dah nak habis. Masa ni memang aku sengaja lewatkan tidur aku. Aku malas nak bangun awal sebab penat. Aku kan suka buat jadual sendiri lepas tu suka berlakon menipu. Haks.

Masa nie kena "UM Cares". Kita kena kumpulkan barang yang boleh recycle and so on. Lepas tu kena bentangkan ah and macam  biasa aku malas nak amik kisah. Haks.

Petang tu pulak aku ada lawan bola tampar. Sebak kot sebab masa team kitorang main takde penyokong pun. Sorang pun takde. Alhamdulillah menang. Masuk semi final pulak pun takde penyorak dan alhamdulillah kami menang sekali lagi.

Lepas tu masa final dah pukul 8 malam kot. 8.30 malam baru setel semuanya. Hm, dapat naib johan jer bola tampar. Tapi takpe, tak pernah jangka kot masuk final. Tu pun dah syukur sebab coach nak belanja pizzah hut. tapi takde pun... :'(


Balik naik lori kot masa menang tu, memang masa sepanjang perjalanan ada ramai orang budak kk12 tengah jalan. Kitoeang menjerit royal!! royal!! royal!!

Semangat kot,


Akhir sekali, aktiviti penutupan yang paling gempak. Super duper best k. Keadaannyaaa ~


Persembahan semua pemenang dan perlawanan cheers paling hebat tapi yang menang adalah kk5 seteru kk12 tu. Tapi cane pun kk12 menang besar kot sebab kami dapat juara keseluruhan kesenian dan sukan. First time sampai master nak buat dinner belanja makan. Yahuuuu ~ nyuker!

Gambar dekat atas ni termasuk cheers jugak. Kalau kk mana yang seteru kita akan buat-buat tidur masa dia buat cheers tanda kita tak sokong kk tu. Kalau sokong kita akan jerit sokong dia nanti. gituww.

Kenangan didalam DTC dan DG bersama dengan ahli cell dan kawan-kawan.



1 comment:

Miss Syahbanu said...

hehehe rindu ahh dgn UM, akak dulu duduk kat Kolej Kediaman Ke-4 Letih sebab hari2 naik bukit sbb kt situ kwsan die tinggi sikit..KK12 mmg besar siap ada klinik semua kt situ untunggg hihi