Teaser #2 Kekasih Kembali Pulang



"Sofi.." Panggil Mek Na.
"Hm.."
"Ada orang call". Beritahu Mek Na.
"Siapa?". Tanya Sofi mula teruja.
"Azam". Jawab Mek Na pendek.
Terus berubah wajah Sofi. Kalau benarlah Azam yang menelefonnya saat ini, tak ingin langsung Sofi nak jawab. Sudah Sofi benci dengan sikap Azam yang kedekut. Ada hati nak jadi kekasih Sofi.
Nak jadi kekasih Sofi senang sahaja. Syaratnya cuma sanggup berkorban wang ringgit. Cukup!
"Malas la". Jawab Sofi.
"Hello boy. Sorry, Sofi tengah masak. Dia tak suka orang ganggu". Kata Mek Na dah terus mematikan panggilan tersebut.
Tergelak besar Sofi mendengar alasan Mek Na. tak masuk akal langsung kalau difikirkan balik. Tak kan la tengah masak tak boleh ganggu. Lain la kalau sedang memandu. Mek Na-Mek Na.
"Siapa pula sekarang?". Tanya Mek Na. Dia memandang tepat wajah Sofi.
Mek Na sudah faham sangat dengan perangai kaki kikis Sofi ini. Dia akan menggoda mana-mana lelaki yang banyak duit meskipun lelaki itu tak mempunyai rupa. Apa nak jadi dengan Sofi ni? Menggeleng Mek Na.
"Malam ni aku ada candle light dinner dengan Azfar. Jom kita keluar shopping cari dress". Ajak Sofi.
“Candle light dinner la sangat”. Mek Na mencebik menyampah. Tapi dia tidak mula membenarkan Sofi dengar dan lihat ungkapan dan wajahnya.
Lalu, Mek Na memandang wajah teman baiknya. Kemudian dia tersenyum. Mek Na tahu Sofi ni mudah benar dapat pengganti. Pengganti Sofi ni pula bukan calang-calang lelaki. Mesti yang berduit. Prinsip Sofi senang. Biar tak berduit, tapi pandai menggoda.
"Malas la kalau kau seorang je beli baju". Mek Na sengaja memberi hint.
Sofi mencebik kerana dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Mek Na. Mek Na sedang katakan yang dia juga turut sama mahu membeli baju baru. Sama sibuk la Mek Na ni.
"Kau nak ke tak nak?". Soal Sofi.
"Okay-okay. Nak la. Belanja sekali tau." Kata Mek Na.
"Beb.. aku dah aim seorang mamat ni tau. Rupa boleh tahan la, tapi poket dia memang tebal bak almari la aku cakap dengan kau". Beritahu Sofi.
Mek Na seakan berminat dengan apa yang Sofi sedang cerita. Dia tahu Sofi ini kalau dah ada mangsa baru ada la drama yang bakal dia lakonkan tak lama lagi. Sabar kan je la Sofi ni.
"Siapa? Kerja apa? Mana kau jumpa?". Macam-macam Mek Na tanya.

"Ha! Itu kita tunggu je la ye".Jawab Sofi. Dia memandang lurus kehadapan. Dikotak fikirannya sudah terlayar wajah seseorang. Seseorang yang telah Berjaya mencuri hatinya dalam sekelip mata.


3 comments:

Cik nadya said...

wah.. msti best novel ni. nt nk beli laa :)

Karya Mahirah said...

Wow... menarik blog ni.. lepas ni akan kerap datang la sbb ada e novel.. minat awk sama dgn KM...

Iola said...

first time singgah sini :D
waa berbakat dalam menulis ;)