Teaser #6 Bukan Sementara


“Alaaa Kak Long.. orang tau macam ni memang tak guna. Lelaki pengecut memang gaya macam ni la. Mengharapkan duit perempuan. Sendiri tak nak berusaha.
Orang macam orang tua ni patut mati je dari awal. Dia tak jadi bapak aku pun bagus. Aku doa-doakan biar dia mati kena cincang dengan Ah Long tu. Puas hati aku”. Fariza yang bermulut lancang itu bersuara.
“Achik !!!!”. Marah Azizah.
“Kenapa mak? Mak nak marah achik? Ini lah silap mak.. mak lembik sangat dengan orang tua tak sedar diri ini. Kesudahannya kita yang susah mak. Kita yang merana.
Mak tengok je la sendiri.. dia boleh nak ambil duit mak tu sebab nak bayar hutang dia. Kerja malas mak, tapi hidup suka susahkan orang. Tak salahkan achik kata dia patut je mati”. Balas Fariza dengan marahnya.
“Dia tetap baba achik”. Balas Azizah.
“Baba mak? Itu la mak ! setiap kali achik bersuara, mak akan kata dia baba achik. Kawan-kawab achik semua ada ayah, tapi ayah dorang tak kejam macam baba achik. Kejam mak tahu tak?”. Tengking Fariza.
“Tak guna kau perempuan!!! Kau dengan mak kau same je. Menyusahkan aku. Lebih baik kau mati dari dilahirkan. Menyesal aku besarkan kau”. Marah Abdul Halim dan terus menarik rambut Fariza.
Fariza mengerang kesakitan. Airmata Azizah kembali menitis apabila melihat seorang ayah memperlakukan perkara kejam terhadap anak kandungnya sendiri.
“Abang !! jangan buat achik macam ni bang!!!”. Jerit Azizah. Dia cuba menarik tangan suaminya dari terus mengasari anak perempuan mereka.
“Hei ! kau tahu tak? Anak-anak ni semua hanya membebankan aku. Aku rasa lebih baik dorang ni mampus”. Kata Abdul Halim yang seperti sudah hilang kewarasan.
“Apa abang cakap ni? Dia anak kita bang”. Kata Azizah.
“Dia anak kau je bukan aku!!!”. Balas Abdul Halim pula.
“Baba… jangan buat achik macam tu baba”. Rayu Farina pula.
“Ketepi !! nak ! kau ambil duit kau yang sikit ni. Budak ni kalau aku jual , aku boleh dapat lebih dari nak bayar hutang aku”. Kata Abdul Halim yang perangainya sudah serupa bintang.
Semua terkejut. Saat itu, Fariza takut. Airmata sudah mengalir. Sampai hati babanya mahu menjual dirinya? Ayah jenis apa ini?
“Baba… jangan buat macam tu baba”. Halang Farisa pula.
“Kau peduli apa? Korang semua ni bawa malapetaka je dekat aku. Budak ni pun mulut dia boleh tahan. Meh sini aku ajar kau!!!”. Kata Abdul Halim dan terus menampar pipi halus anak gadisnya.
Fariza terjatuh. Airmata diseka.
“Mak.. tolong achik mak..” ratap Fariza.
Abdul Halim sekali lagi menarik rambut Fariza. Lengan Fariza digenggam kuat.

“Tadi kau tunjuk hebat sangat kan? Sekarang kita tengok siapa lagi hebat? Jom.. kau ikut aku. Kau ni boleh bagi untung banyak dekat aku”. Ujar Abdul Halim dengan tawa iblisnya.

No comments: