MInggu Haluan Siswa UM #1

Bismillah,

Berakhir juga tabir Minggu Haluan Siswa bagi Degree 2014/2015 untuk pelajar Universtiti Malaya. Syukur tamat juga akhirnya sebab aku dah terseksa dengan kaki yang sakit. HAHA. tapi sumpah best.

Hari Pertama:


Wanita yang berbaju hitam tu adalah orang kuat dan orang tertinggi UM. Beliau adalah Prof Dato' Dr Rohana merangkap Timbalan Naib canselor UM. Tak silap ah.


Masa sampai je and nampak je pintu gerbang UM tu terus ada nampak ramai manusia memakai baju berwarna kuning yang tertulis 'pemudahcara mahasiswa'. Kereta jangan cakap ah, memang jammed gila ah. susah nak cakap.

Akak-akak and abang-abang ni duk tepi ni sambil bagi setiap kereta bungkusan macam cenderahati dalam kertas coklat tu lepas tu bagi bendera and plan jalan nak ke kolej kediaman kita sendiri. Memang peramah sangat mereka nie.



Masa sampai je, kitorang tunggu kat padang angkut barang naik bas and pergi ke kolej memasing. Daftar lepas tu letak barang segala bagai. Kol 11 ada pogram Kolej dan mak ayah dah pulang. Mak bapak aku sempat pulak tu beli payung UM bebanyak nak buat kasik sedara mara. Haks.

Lepas tu macam biasalah pogram dalam LDK. Aku tak sempat nak amik gambar sebab masa tu takde mood sebab aku malas and benci orintasi. Bosan bercakap je. Tapi semua gambar ni pun bukan dari aku. sumber page dan bapak aku. Takde mood nak amik gambar.

Hari Kedua :

Naib Canselor Universiti Malaya, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin memberi amanat bagi sesi 2014/2015




Masa ni adalah otw masuk ke dalam DTC ( Dewan Tunku Canselor ) Dewan ni hanya akan dimasuk oleh setiap mahasiwa dua kali sahaja. Pertama masa MHS dan yang kedua adalah masa kita graduate and nak konvo nanti.



Hampir 3 ribu punya manusia. Kolej kami adalah kolej kediaman ke 12 merupakan kolej gergasi dan terbanyak bilangan sehingga 600 orang. Yang lain kolej 1-11.

Seterusnya persembahan dari badan uniform SUKSIS dan PALAPES.



Hari ketiga: 

Aku pun tak ingat sangat ada apa pada hari ketiga. Oh ya, tak silap aku hari ketiga ni ada pogram dekat -fakulti masing-masing. Kiranya masa tu.. ehem-ehem. Okay, masa tu la kami dapat jumpa semua kawan-kawan yang terpisah dek kolej berbeza. menjerit masa tu kot.

Ada pogram dengan alumni fakulti masing-masing.



Masa malam tu pulak macam biasalah ada lawan-lawan cheers. Masa ni la memang best gila kot bab lawan cheers nie. Rasa sangat la seronok tapi kena semangat ah. Lepas tu ada taklimat la ada pogram road to success and macam-macam ah. 





Okay, wakktu ni adalah waktu 'malam integrasi'. Malam ni adalah malam best gak ah sebab ada pelbagai bangsa warna kulit dan lain agama bersatu dalam satu persembahan iaitu okesra. Mantop and sedap gila kot okesra dia. Meletopp. siap ada main lagu kuch kuch hota hai. Pewiit.

Lepas tu malam tu pulak kan gelap tutup lampu, jadi wujudlah warna warni dekat belon and botol air. Yuhuu.

Waktu tidur memang jam 2 pagi. Masa sangat terhad. Kekadang 2 hari sekali mandi.Wakaka. Tak sempat ah. Mana nak makan nak solat nak mandi bagai nak tukar baju. Isk.

Hari seterusnya akan bersambung nanti la, HAHA. aku dah tak ingat. nak refresh balik otak. kbaii.

Btw, malam tadi dah berakhir dah.. sedihnyaaaaa tapi bestnyaaaa. haha.

No comments: