Teaser #2 Bukan Sementara


Teaser #1 ( Bukan Sementara )

“Amboi… busy apa nya?”. Soal Farah.
“Ada la sikit. Result dah keluar belum?”. Soal Farisa mula rasa debar semula.
“Pengetua baru je sampai. Kejap lagi kang cikgu panggil la tu. Eh , ni siapa? Pakcik kau ken ni? Amboi ! handsomenya pakcik kau”. Puji Farah.
Afiq terkejut. Pak cik dia kata aku? Muka aku punya la handsome kacak muda bergetah macam ni , dia boleh cakap aku ni pak cik si memerang ni? Boleh tahan juga mulut kawan minah kerek ni. Kata Afiq dalam hati.
“Saya…..”. kata-kata Afiq mati apabila Farisa mencelah.
“Ha… Farah .. ni bakal suami aku ni. Alang-alang ni aku nak jemput kau sekali la datang ke majlis perkahwinan kami. Kau tak baik tau cakap pakcik aku. Dia kan handsome kacak lagi. Ada pula kau bagi dia pak cik”. Kata Farisa dengan sengaja wajahnya diceriakan.
Afiq terkejut. Geram dihati mula bertandang. Bukankah tadi dia sudah memberi amaran pada Farisa agar tidak memperkenalkan dirinya sebagai bakal suaminya. Malah , jangan dijemput kawan-kawannya. Nampaknya Farisa melampau.
“Ha? Bakal suami?”. Soal Farah terkejut.
Farisa tersenyum meleret. Dia merapati tubuhnya dengan Afiq. Sengaja dia menyendengn untuk menyakitkan hati Afiq.
“Iye , kau tahu kitorang kenal masa dekat kedai yang aku kerja la. Ada ke patut dia beli tudung dekat kedai yang aku jaga tu lepas tu dia hadiahkan dekat aku balik.
Tapi pengecut pula tu. Bukan nak bagi sendiri, dia suruh orang lain yang bagi kan. Lepas tu kau tahu , selepas seminggu tu , dia nak takel aku lagi , aku jual mahal. Dia ajak aku makan la. Dia belikan aku bunga hari-hari tau sebab nak suruh aku suka dekat dia. Tapi aku buat tak tahu je.
Ada sekali tu sampai dia kena halau dengan bos aku sebab dia duduk je dekat kedai kami sebab dia nak usha aku. Kalau suka cakap la depan-depan. Ini setakat hantar bunga. Sampailah satu hari tu dia ajak aku kahwin , baru lah aku setuju.
Sebab masa tu pun aku dah syok dekat dia. Yelah.. kau tengok la buah hati aku ni kan handsome. Siapa tak suka kan. Aku nak je dekat dia, tapi kena la jual mahal dulu.
Bila dah tengok keikhlasan dan kejujuran dia, barulah aku terima dia. Bukan senang tau aku nak terima dia. Dia kira beruntung la sebab aku terima dia”. Kata Farisa mula memainkan peranannya membuat cerita bohong.
Farah tergelak besar mendengar cerita Farisa. Sementara Afiq sudah merah mukanya kerana menahan marah. Farisa pula malu-malu kucing kononnya. Memang berapi je Afiq tengok muka minah kemetot ni.
“Wah !! untungnya kau.. tak cakap dengan aku pun nak kahwin. Bila majlisnya?”. Soal Farah.
“Esok akad nikah”.
“Ha? Kau betul-betul ni?”. Soal Farah tidak percaya.
“Kau tengok muka aku ada tercalit sebarang penipuan ke? Ni haaa.. tengok jari aku dah merah tau”. Farisa menayangkan jarinya yang sudah diinaikan.
“Wah… bestnyaaa… dah la dapat lelaki handsome. Bestnya kau dapat kahwin.”
“Mestilah aku untung.. bakal suami aku ni pun kaya tau. Aku rasa la kan lepas kahwin ni mesti dia tak bagi aku kerja. Ye la, duit dia kan banyak. Siapa lagi nak habiskan kalau bukan aku kan?”. Farisa menyimbah minyak pada hati Afiq yang sudah terbakar dengan lakonan Farisa.
Farisa memandang wajah Afiq yang sudah kemerahan menahan marah itu. Dia mengangkat kening. Afiq pula menjeling. Kau siap kau Farisa.. kau tunggu kau. Kat sini kau tunjuk hebat. Kau tunggu nanti Farisa. Kau tunggu.
“Ha ha.. untungnya kau beb.. okay , esok aku datang. Tapi nanti bagi la alamat ye”. Kata Farah.
Farisa mengangguk. Padan muka kau mamat poyo.

Farisa melangkah masuk lagi ke dalam bangunan sekolah. Kemudiaan , dia ternampak ada papan tanda, Farisa terus menarik tangan Afiq mengikutinya.

No comments: