Teaser #3 Bukan Sementara


Teaser #3 ( Bukan Sementara )

“Ouh minta maaf. Boleh kau lakonkan balik macam mana kau minta maaf dekat aku tadi?”.
Afiq memegang rambutnya yang terpacak itu. Afiq menelan air liur. Geram hatinya melihat sikap perempuan yang macam ratu rimba je ni. Nak mengamuk tak tentu pasal. Ni mesti baru lepas clash dengan boyfriend ni.
“Tak memasal aku nak lakonkan balik. Tak kuasa aku”. Balas Afiq dengan jelingan maut dihadiahkan sekali pada Farisa.
Apa? Ingat aku takut dengan jelingan kau? Mata dah sepet, tajam mana je kau boleh jeling aku? Lain la mata aku yang bundar dan cantik ni, memang mati la kau kalau kena jeling dengan aku.
“Baik, kau tak nak minta maaf kan. Tak apa, aku pun tak mati tanpa ucapan maaf kau tu. Tapi yang aku nak sekarang adalah lima ringgit”. Farisa menghulurkan tangan seraya habis mengucapkan ayat tersebut.
Dahi Afiq sedikit berkerut. Apa hal pula minah ni nak duit lima ringgit dari aku?
“Apasal?”. Tanya Afiq pelik.
“Kau tu kan dah macam bagus tak nak minta maaf dekat aku. Okay, itu aku malas nak fikir. Tapi kau tetap kena ganti cool blog aku yang kau jatuhkan tadi”. Jawab Farisa.
“Apasal pula aku? Kau yang tak pandang jalan”.
“Kau tu yang buta”.
“Aku ni celik lagi, aku nampak muka kau asyik sangat sedut air tu , sampai tak nampak aku nak jalan. Yang salah tu kau, bukan aku”. Afiq masih tidak mahu mengalah.
Aku pula disalahkan? Suka hati laki tiri mak kau je eh. Ada yang kena pelangkung ni karang. Dia yang lari tak cukup tanah tak pandang kanan kiri, kita pula disalahkan.
“Lantak la, kau yang salah”.
“Aku tak nak ganti”. Afiq meneruskan langkahnya. Namun langkahnya mati apabila Farisa berdiri betul-betul dihadapannya. Geram betul Afiq melihat. Rasa macam nak sepok je muka perempuan ni.
“Aku akan ikut kau selagi kau tak ganti”. Kata Farisa.
“Tepi la..”. afiq menolak tubuh kecil Farisa. Farisa terdorong sedikit ke tepi.
Farisa sakit hati dan geram. Dia tak kira , hutang harus dituntut hatta dia terpaksa bergadai nyawa sekali pun. Amboi, macam tu sekali tekadnya Farisa. Ala, aca-aca je tu.
“Weh ! tunggu , ganti balik la”. Suara Farisa sudah seakan merengek.
Rimas Afiq mendengarnya.
“Tak nak la”. Langkah diatur dengan laju. Farisa tidak berputus asa. Pantas langkah Afiq dikejar. Dapat sahaja hujung baju Afiq , Farisa terus menarik dengan sekuat hati agar Afiq mati disitu.
Zraaappp. Elok sahaja Farisa menarik baju Afiq, terdengar satu bunyi seperti sehelai kain dikoyakkan. Farisa menelan air liur. Alamak baju dia koyak ke? Mampus aku. Fikir Farisa. Apa la nasibnya lepas ni.
Adakah lelaki itu akan campak dia dari dari escalator ni? Atau lelaki ini akan pijak perutnya sampai keluar tahi hijau. Atau lelaki ini akan menarik-narik rambutnya macam orang perempuan rebutkan lelaki. Aduh , macam-macam Farisa fikirkan.
Afiq merengus geram. Sakit hatinya bila melihat butang bajunya sudah tercabut, kemudian, bahagian bawah butang yang tercabut tu, kainnya sudah terkoyak sedikit.
Afiq membetul-betulkan baju t-shirt yang dipakainya. Dia memusingkan badan. Wajah Farisa dipandang kecil je. Rasa macam nak telan masa tu juga. Ish , macam drakula la pulak.

Farisa perasan , muka Afiq sudah merah menahan marah. Farisa memukul perlahan kepalanya. Apa la kau ni Farisa, elok-elok boleh dapat ganti cool blog tu, ni kau pula kena gantikan baju dia pulak. Farisa menyalahkan diri sendiri.

No comments: