Sucilah hatiku


Ketahuilah bahawa aku sangat sakit hati dengan kamu . Terlalu sakit hati kerana persahabatan ini . Aku sering berfikir kenapa kita ditemukan sejak awal lagi ? Aku rasa lebih baik kebenciaan kau yang dulu terus berkuasa dihati kau supaya aku tak sakit hati macam nie .

Kenapa sejak kebelakangan ini aku seolah-olah tidak ikhlas berkawan dengan kau . kenapa sejak kebelakangan ini hati aku terlalu sakit dengan setiap patah kata kau , walaupun kau tiada niat untuk menyakiti hati aku . Kenapa sejak kebelakangan ini aku terasa begitu berkecil hati dengan segalanya tentang kau .

Hati , aduhai Hati , kenapa nie ? sudah lah tu, izinkan orang lain berbahagia dengan cara mereka sendiri. Jangan terlalu sakit hati dengan semua ini . Ergh ! tetapi aku bukan tak suka orang bahagia . Tapi aku berkecil hati. Kenapa mereka terlalu berkira dan susah nak berkongsi hak mereka dengan aku ? kenapa macam nie ? Sedangkan aku sudah cuba untuk memuaskan hati kamu, kamu, dan kamu walaupun kadangkala aku tak berjaya. Ye , aku mungkin bersalah .

Ergh ! aduhai hati, kenapa terasa hati sangat malam nie ? sabarlah , kau juga ade salahnya.

Aku bukan apa, cuma aku berfikir sekajap . Selama nie apa yang dibuat hanya mereka-mereka je . langsung tak kongsi bersama . Seolah-olah hadirnya diri ini umpama pengacau . Tapi kau kacau aku takpe pulak. Buanglah sikap itu . Kalau aku boleh berkongsi segalanya dengan kamu, kenapa tidak kamu ?

No comments: