Perkara yang mengagumkan



Salah satu perkara yang sangat mengagumkan yang telah terjadi dalam hidup aku apabila engkau mengetahui isi hatiku tanpa aku perlu berbicara dan meluahkannya. Syabas aku ucapkan buat engkau wahai insan yang telah berjaya mengetahui rasa aku terhadapmu.

Memikirkan perkara ini . Adakala rasa yang bermaharajalela dalamhati aku ini , tak ingin sekali aku luahkan pada engkau, kerana aku tidak mahu dikatakan seorang yang tidak sedar diri .  Tapi apa yang telah terjadi adelah sebaliknya. kadangkala terbit juga dihati aku inginkan kau tahu apa yang aku rasa , agar kau belajar untuk menerima aku. Tapi aku tak ade kekuatan.

Namun, Allah sudah membantu aku . Perkara yang sangat memudahkan hidup aku apabila kau dengan sendirinya sudah tahu apa yang aku rasa , apa yang terselit di dalam hati aku.

Satu perasaan yang halus datang masuk menyelinap dihati aku ini bukanlah satu perasaan yang aku desak dan aku pupuk untuk lahir tumbuh dalam hati aku . namun, ianya adelah satu perasaan yang datang dengan sendirinya. Aku sendiri kalah untuk mencabutnya keluar. 

Namun, Sekarang aku harus bernafas lega apabila semuanya sudah engkau ketahui tanpa aku perlu berselindung lagi. Sebab berselindung itu amat memenatkan dan memayahkan . Kini, aku hanya perlu cari cara bagaimana untuk memenangi hatimu :)

Perkara yang sangat mengagumkan dalam hati aku adelah apabila engkau tahu apa yang aku rasa tanpa aku perli berkata atau berbicara.
   O-D-Y-W-B-M

No comments: