TUJUH CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH
Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui, tetapi berapa
ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat
kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah. Pasti tak ramai bukan?
Sejujurnya bukan senang mencari SAHABAT SEJATI
ALLAH
Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah az-Zukhuf ayat 67, yang
bermaksud: "Pada hari itu sahabat2 karib sesetengahnya akan menjadi
musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang
persahabatannya berdasarkan TaQwa (Iman & SoLeh)..."
Justeru, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada
rakan-rakan kita dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhlas
untuk berkawan dengan kita. Berikut ada beberapa tips sebagai panduan
untuk kita amalkan dalam bersahabat:
♥ ~ Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." [HR Abu Daud]
♥ ~ Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata, "Bagimu juga akan mendapat seumpamanya." [HR Muslim]
♥ ~ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." [HR Muslim]
♥ ~ Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap dua orang Islam yang bejumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." [HR Abu Daud]
♥ ~ Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."
♥ ~ Memberi Hadiah
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."[HR Thabrani]
♥ ~ Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."[HR Hakim]Setiap antara kita mempunyai sahabat. Tapi persoalannya sejauh mana persahabatan kita boleh terjalin. Jika persahabatan terbina atas nama Allah , insya-Allah akan kekal selamanya. Persahabatan bukan pada kelebihan akan tetapi atas nama hati yang suci
Semoga kekal selamanya :D
1 comment:
Terasa manisnya ukhuwah fillah :) May Allah bless all of you and us ^^
Post a Comment