Tujuh Cara bersahabat Kerana Allah

TUJUH CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH
 
Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui, tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah. Pasti tak ramai bukan? Sejujurnya bukan senang mencari SAHABAT SEJATI

ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam surah az-Zukhuf ayat 67, yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat2 karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan TaQwa (Iman & SoLeh)..."

Justeru, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita. Berikut ada beberapa tips sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥ ~ Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." [HR Abu Daud]

♥ ~ Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata, "Bagimu juga akan mendapat seumpamanya." [HR Muslim]

♥ ~ Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." [HR Muslim]

♥ ~ Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Setiap dua orang Islam yang bejumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." [HR Abu Daud]

♥ ~ Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya: " Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥ ~ Memberi Hadiah
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."[HR Thabrani]

♥ ~ Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."[HR Hakim]
 Setiap antara kita mempunyai sahabat. Tapi persoalannya sejauh mana persahabatan kita boleh terjalin. Jika persahabatan terbina atas nama Allah , insya-Allah akan kekal selamanya. Persahabatan bukan pada kelebihan akan tetapi atas nama hati yang suci 


Semoga kekal selamanya :D 

Ego boleh musnahkan satu hubungan

Assalamualaikum . Apa yang berlaku hari ni benar-benar membuatkan aku saya fikir sejenak. Benar kata orang . "Ego boleh merosakkan satu hubungan". Tak kisah la hubungan apa pun . tapi apa yang paling penting adalah hubungan kekeluargaan .

Masya- Allah . Kisah hari ni. Ni semua memang benar salah saya sendiri . Entah kenapa dengan diri ini. Hari ni , saya telah banyak menyakiti hati ummi saya. Bukan nak bukak pekong didada. Hanya sekadar mahu berkongsi dengan rakan-rakan je kisah saya hari ini .

Hari nie , entah mengapa dan kenapa , Angin ummi pun tak baik .angin saya pun tak baik . Bila ummi merajuk , saya buat tak ambil peduli. Padahal beliau adalah seorang ibu. Namun kerana ego, saya langsung tak ambil pusing untuk mengetahui kenapa ummi merajuk dengan saya .

Ego ! Ego ! memang terlalu kuat perasaan ego dalam diri saya. Memang saya akui , kerana ego ini lah saya telah banyak kehilangan orang yang saya sayang. Bukan saya tak sayang mereka , tapi ego lebih kuat dari semua itu. Bila saya bersalah pada ummi , Susah benar saya nak ungkapkan kata MAAF . kenapa lidah ini terlalu liat untuk meminta maaf sedangkan beliau adalah insan yang telah melahirkan saya dengan susah payahnya.

Bila ummi terasa hati , saya bekukan hati .kata hati , ini bukan salah saya. Meskipun ummi yang mula dulu merajuk ini , tapi saya sebagai anak sama sekali tak layak untuk membiarkan ummi saya terus-terusan terasa hati . Hari ini , saya tiada niat nak tinggi suara . Tapi kenapa ummi terasa yang saya tinggikan suara . Dear mom. Iam sorry .


Tapi macam mana sekali pun . Bila walid dah nasihatkan . Buat mensyuarat keluarga . Kata yang anak kena jaga adab terhadap ibubapa .Lepas tu ,saya cuba lembutkan hati untuk minta maaf. Memah , Ego bagaiikan sudah sebati dengan hati saya . 

Kadangkala biarpun benda tu saya yang salah , tapi saya tetap tak mengakuinya. Saya akan cuba cari dan gali silap orang tu walaupun hakikatnya saya yang salah . Saya akan putar belitkan agar saya yang nampak benar. Nampak teruk kan ? saya ni memang insan yang ego meskipun saya sedar ego adelah perosak hubungan.

Apa pun . Hari ni saya cuba campakkan ego bila saya berfikir . Sampai bila saya nak macam ni ? Lambat laun , saya akan berkahwin dan mempunyai anak . Tak kan saya nak bawa ego ni bersama. Saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang lagi . Cukup lah ia pernah melukakan hati saya  . Tak kan kelak , saya nak berego dengan suami dan anak-anak . Kebahagiaan lebih penting .

Jadi kepada yang saya pernah keraskan hati dari berlembut dengan korang .Saya minta maaf sangat . Setiap orang perlukan perubahan dan mempunyai kelemahan. Sama-sama kita perbaiki. Dan Nasihat pada sesiapa yang mempunya penyakit macam saya . Buang lah ego tu .

Percayalah bahawa ego tidak memberi sebarang manfaat kepada kita. Malah ianya hanya akan merosakkan hubungan kita dengan insan yang tersayang. jangan menyesal setelah kehilngan . Sesungguhnya perasaan menyesal itu lebih sakit dan pedih . Jika sayang , luahkan , jangan ego. Jika bersalah . Minta maaf . Jangan lekakan .Saya cuba untuk berubah walaupun bukan seratus peratus :D

Semakin semangat Hijau kita

Assalamualaikum :D . Syukur pada Allah . Hari nie saya nak post pasal politik lagi . Orang akan kata saya ni masih bawah umur. Tapi saya tak kisah pon . Sebab saya rakyat dan masih berhak untuk ambil tahu pasal politik di Malaysia .

First sekali . Tengok ni . Ini adelah kawasan saya. Dun Durian Tunggal . Kalau dekat Melaka ini , memang Durian tunggal adelah antara Dun yang kuat pembangkang la walaupun TAK MENANG . kihkih .


Okay Korang . Ini adelah Batu 8 Kampung Gangsa durian Tunggal . Depan rumah aku tu . Jalan raya dekat dengan kolam Ikan tu . Siapa orang melaka and durian tunggal Tahu la.  nampak tak dekat hujung tu ade bendera yang jatuh . disabotaj la . Aku pun tak faham kedengkiaan apakah ini ?


Terbaik dari Ladang ! Baju putih tu our PJ ( pesuruhjaya Pas Melaka) . Orang kuat PAS la senangkan ? Hijau dihatiku. Opss ! baju merah is My father :D . Arah dari bawah bukit 


Now ! arah dari atas bukit pula. Bersama our PJ :D . Hijau terbaik .


Taaarra ! this is HIM ! Pj kita ni datang , saya tak tahu la buat apa . Maybe ada pogram kot . Terbaik ! pembubaran Dun di Negeri Sembilan hari nie . Handsome kan PJ kami ?


Hijau dihatiku . Tenang je mata tengok Kaler Hijau nie . Go ! Go ! ni semua ahli keluarga aku :D . Kami akan pastikan Hijau ke putrajaya :D 


Perempuan pun tak ketinggalan . Yang dari arah belakang . My mom . Tudung kuning . My Adik :D  dan tudung merah . akak sepupu . dan tudung purple. I think tu makcik saya kot .


Barisan pelakon handalan . Eh ? silap !  our hero for PilihanRaya 13 :D


Hijau Vs Biru



Okay . Today aku nak cerita sikit pasal PRU13 nie . Kali ni nak masuk soal politik la. Memandangkan kita pun semakindekat dengan tarikh pembubaran parlimen . Makanya saya nak cerita la sikit pasal politik ye .

*psst : esok pembubaran parlimen bagi negeri Sembilan tak silap saya. Bila Malaysia nak bubar nie ?

Kembali balik pada topik utama. Jujur saya kata kan . Saya memang pembangkang . Pengakuan berani tu ! kfinee ! saya sebenarnya nak cakap dekat sini . sampai sekarang saya masih terfikir kenapa Umno nie suka berdengki dengan pembangkang . Bukan apa . 

Contohnya , bila kita pasang bendera . Dia akan hantar orang untuk patahkan bendera tu . Bila kita pasangan apa-apa. dia akan guntingnya benda tu . Bila kita buat ceramah . Dia akan hantar orang untuk buat kacau ? persoalaanyya . kenapa buat macam tu ? adakah BN sudah goyah ?

Kebangkitan rakyat kita sudah nampak lewat abad nie . Kebanyakannya dari golongan anak muda. Bukan apa , anak muda sekarang rasa pemimpin kita menindas rakyatnya sendiri . Dan faham-faham je la anak muda mudah terpengaruh dengan rakan mereka. Itu sebabnya pengaruhnya makin kuat.

Aku sokong PAS ni pun atas dasar islam . bak kata tuan guru Nik Aziz. Seandainya BN melksanakan dasar islam . maka , secara automatiknya PAS akan dibubar . so , kita bukan sengaja je nak tadbir Malaysia. ianya demi melaksanakan islam . Saya cakap ikut apa yang saya tahu la.

Bila dok tengok pemimpin kita sendiri yang mempunyai isteri tak tutup aurat. Apa kita nak kata . Orang kata doakan lah supaya Kak Mah kita boleh berubah . yes , sentiasa  doakan . tapi , bukannya pakai tudung ni benda wajib. Suruhan Allah . jadi dia memang harus ada kesedaran sendiri apatah lagi , dia menjadi model kepada rakyat. 

Entah la. Sebenarnya permainan politik di Malaysia pun tak jujur dan kotor. Minta sangat Najib boleh insaf dan dia sedar atas kesilapannya yang banyak menganiaya rakyat . Kalau dulu orang perempuan takut nak berpolitik, kini tidak lagi . Hidup rakyat !

Ya Allah , jika ...


Ya Allah , Jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku kepada seseorang yang melakukan cintanya kepada Mu Ya Allah . Agar aku dapat menguatkan lagi cinta ku kepada Mu . sesungguhnya aku insan yang tercipta sungguh lemah imannya. Semoga cintaku dapat membuatkan cintaku padaMu semakin kuat dan kukuh .

Jika aku jatuh cinta , izinkanlah aku menyentuh hati orang yang terpaut hatinya kepada Mu . Agar aku tidak jatuh ke dalam gelombang cinta duniawi. Sesungguhnya cintamu lebih hakiki. Ya Allah . jangan kau sia-siakan cintaku pada insan yang mencintaiMu.

Jika aku rindu , rindukanlah aku kepada seseorang yang selalu merindui Mu. Agar aku tidak lupa kepadaMu walaupun sesaar . Rindukanlah aku pada si dia dengan cara yang betul. Rindukanlah aku dengan ketabahan yang tinggi. Jangan biarkan aku terluka kerana rindu ini . biarlah aku merinduiMu lebih dari aku merindui dia.

Ya Allah , jika engkau menghalalkan aku ke atas dia yang aku cinta . Kau permudahkanlah kami untuk bertemu jodoh, dan kau biarkan kami mudah untuk bersatu hati . Janganlah kau biarkan aku melampui batas sehingga aq melupai Mu. Jangan kau biarkan aku terus hidup dalam setiap perasaan yang haram . Aku ingin semuanya diatas jalanmu.

Cinta itu sesuatu yang rumit. Ada kala kerana cinta , seseorang boleh berubah menjadi baik. Kerana cinta juga ada orang berubah menjadi jahat. Tapi apa yang aku harapkan, cinta yang tercipta dihatiku ini , biarlah membawa aku je jalan-Mu . Amin

Bila dah duduk rumah nie baru lah nak rindu

Serius . saat duduk sendirian ini . Hati jadi rindu . Rindu pada siapa ? ouh ! tentulah pada dia ! tapi post nie bukan untuk tu . Tapi untuk teman-teman yang sering menemaniku sepanjang aku di APIUM . syukur . Aku sangat bahagia dengan ada nya mereka disisi. Terima Kasih Allah .

Dua sem aku di Universiti Malaya . dan ini buat kali pertama aku rasa terlalu banyak kenangan yang tercipta antara kami . Sem dua ni terlalu banyak yang terjadi . Sem dua nie terlalu banyak masa kami luang bersama. Sem dua ni macam-macam kami lakukan. 

Aku rindu saat kita nak minum air tea o , kopi , oligo , dan air anggur . Ya Allah . sangat rindukannya . Rindu sangat nak makan sama-sama di bilik A-124 .  Segalanya terasa rindu . Benar lah kata cikgu, saat yang paling manis adalah Alam universiti (Time ni la baru nak percaya cakap cikgu ye) 

Saya bersama dengan Ekin
Kak cik , saya - Afiqah dan Ukhti
Me with Aishah Abdullah
We - Ukhti- Afiqah-Aida-Me-Najiha
Me with Madiha
Me with Aida :D
Tujuh Nila But ada Enam je .Merajuk la

Saya paling suka gambar nie . Miss
Taraaa !! Kami baru lepas Habis Final exam ! rindu sangat !
Aku paling menyerlah ! depan gitu ! Kami geng study week :D
Minggu Tobour .*Cryingg
Siapa yang tak rasa rindu dengan Ukhti yang selalu menaikkan darah aku ? siapa tak rindu dekat dia yang suka buat aku marah . Serius ! sekarang aku rasa rindu nak marah kak Limah nie . rasa nak nangis je *Sobs Sobs 

Lepas tu , siapa yang tak rindu dekat teman lepak aku Najiha , Aida ,Madiha, Nadhirah, Aishah , Aisyah , Kak cik , Afiqah, Ekin (walaupun dia jarang ade dengan aku , hihi) . Siapa yang tak rindukan gelak tawa mereka ? Teman yang selalu ada disisi aku . Yang selalu buat aku ketawa . dan selalu buat aku marah dan menjerit . tak tahu lah mereka rindu aku ke tak .

Aku rindu sangat nak menterdarah malam-malam . ya Allah , hati rasa sayu je tiba-tiba. Dekat rumah tak dapat semua itu . Hanya dekat hostel je . Gelak gabak. kita bergosip .Aku rindu sangat benda tu . Lagi-lagi bila malam-malam lapar je tak boleh nak melantak macam kita selalu buat kan ? Aku rindu semua itu .

Kekadang aku dah ade masaalah ( yang sebenarnya bukan masaalah tapi aku je over jadikan ianya masaalah) . korang yang datang setia disisi aku . Macam Madiah , Aida dan Nadhirah . Saat aku jatuh kecewa , mereka bertiga selalu support aku . Pujuk aku . 

Saat aku kecewa dengan Math , Nadhirah yang kembalikan semangat aku . Aku masih ingat Nadhirah pujuk aku dari nangis . Aku paling terharu bila ada sahabat yang sudi lapkan airmata aku bila aku menangis . Macam Nadhirah dan madiha . terima Kasih sangat . 

Aida pula yang ade krisis sikit dengan aku satu hari tu . Elok aku tengah feel hantar msg panjang dekat dia . dah nak meleleh , tetiba boleh pulak dia muncul malam tu je . spoil betul lah !Tapi lepas dia balik . aku tak tahu kenapa aku sedih sangat hantar masg panjang berjela dekat dia . Huh !Sepatutnya aku tak boleh nak terasa lebih-lebih . Dia dah ada kawan baik dia sendiri . Jadi aku tak boleh nak terasa hati sangat . Tapi entah la . Tapi untuk Aida :Lepas nie aku tak akan kecil hati lagi kau dengan dia . Aku akan okay je . chill saje . Okay :D 

Bila terasa rindu pada dia . Najiha sering bantu aku untuk lunaskan rindu aku uh . Sehingga saat akhir pun, hari terkahir pun aku masih dapat berborak dengan dia . Terima Kasih Najiha . Bebas sikit rindu aku hari tu . Terima kasih kau sudi sabar dengan kerenah aku .

Madiha . untuk kau aku tak tahu nak cakap apa . Kau saje faham apa yang aku rasa . Jadi tak perlu aku tulis dekat sini . Berjuta terima Kasih .

Sehari sebelum Atiraf pulang

                        
Assalamualaikum .  Sehari sebelum Atiraf atau kak cik pulang ke Rumahnya , Eh , sebelum tu , beliau akan ke KL dulu bersama Aishah . Mula hari ni , kami pergi rumah Fadhilah . makan tengah-hari rumah dia . Memang aku eksited nak pergi . Alih-alih pagi tu, aku demam pulak tiba-tiba. Jadinya aku tetiba selesema. Tapi nak buat cm neh . Aku dah janji .Tak baik susahkan orang kan .

Kamu tiba rumah Fadhilah dalam jam 1.45 macam tu lebih kurang la kan . er .Mak dia masakkan kami Ayam masak kurma. Dengan sambal belacan . Sedap sangat . Kenyang . Terima Kasih makcik .  Nak tambah malu , hihi .

Okay , Lepas makan tu , ajak lah Fadhilah join kitorang gi main bowling . Ingatkan dia taknak , rupanya dia join jugak wacha ! gambar dibawah .

  
Tara ! ni Atiraf dengan anak buah Fadhilah . Namanya Syawal . Ade ciri mak tak kak cik ?

Taraa ! ni Aku dengan Adawiyah - yang bulat comel tu ,Darwish dan Aishah yang tembam tu . hee

Amboi ! ramainya anak kak cik . Ade tiga .Penyayangnya

 
See ! aishah kenapa muka mcam tu  ? eksited giler !
                                                     
   
Taraa! ni kami lah nak lempar bola yang sangat berat . er . Gambar pertama , itu aku , sebelah aku tu ,Aishah , bawah tu kak cik , hujung sekali Fadhilah . 

Daa ! ni lah markah kami ! alaaa , tak pandai main kan . Cam nie je la mampu . Tapi tu acha2 bete je . Sebenarnya tu warm up je . Selepas tu , asyik strikee je . Hebat tak ?

We 


Kami berempat . Akhirnya kami pulang ke rumah pada jam 6.45 . Semuanya penat sekali. Sampai tertidur bangun solat maghrib jam 8 . Malam ade aktiviti lain pula.
                                  
 
taraa ! ni la dia . Kami pergi ke river cruise . HAHA . Bersama keluarga tercinta . wah ! Sportingkan family saya ?

 Ni antara gambar atas bot . huh ! mendayu-dayu lagu dekat atas bot tu , sampai mengantuk . Walid sampai tertidur , nasib baik laha de cina tu cakap kuat-kuat sampai tersentak walid terus terjaga .Segar terus ! 


 tamat !!! Ni kami pergi dekat Menara taming sari . Memang nak naik beca . Tapi fikir-fikir , kemana je pun dia bawak . pusing-pusing tang tu jugak . Jadi sekadar tangkap gambar jee la . jeng jeng .

Aktiviti kami berakhir dengan makan char kuaw teaw special . sangat sedap . kbaii ! Besok mereka berdua akan pulang . terima kasih luangkan masa bersama .




Semua orang tak inginkan rasa ini


Di saat air mata menitis kerana nya,aku berharap selepas ini mataku takkan menitis apa-apa air disebabkan olehnya

Aku ingin bahagia tanpa rasa kecewa walaupum aku tahu semua manusia takkan terlepas darinya….
Namun begitu aku berharap dapat lari dari kenyataan ini.

Amat sukar untuk aku melupakannya  setelah sekian lama aku menitip khabar nya dari teman-teman terdekat

Lagi mengecewakan adalah bila mengetahui yang dia sudah mula meminati seseorang, yang pastinya wanita itu bukan calang-calang yang boleh aku lawan . sesungguhnya aku tak layak untuk menandingi wanita itu .

Aku harus pasrah dengan kenyataan itu kerana aku ingin melihat dia bahagia walaupun kenyataannya aku terasa tersiksa dan merana. Aku yang menangis seorang diri. Aku yang hanya tahu duduk dan mengesat airmata dan minta kekuatan dari sahabat.

Apa hak aku untuk menghalang dia daripada menyukai orang lain??aku tak ada hak sebenarnya kerana dia bukan ditakdirkan untuk menjadi milik aku . Aku juga tidak ada hak untuk berasa cemburu atau merajuk jika dia ingin bersama wanita lain .


Akan ku simpan memori ini bagi megiringi duka ku dan aku pasti akan terasa bahagia bila mengenang nya walaupun ada cikit pahit nya di dalam hati dan lukanya bukan sedikit , sehingga kadangkala aku rasa aku sudah kalah. Namun aku tak boleh kalah hanya kerana cinta yang tak pernah cuba untuk pandang aku.

Bukan ku pinta semua ini terjadi ,tapi  ini adalah kehendak yang Esa  aku tidak dapat menafikannya , dan aku tidak dapat menolak segala yang telah diaturkan buat aku . Allah , kenapa hadirkan cinta ini hanya jika sekadar untuk menyakiti hatiku . Aku lemah !

Mungkin Dia akan mengurniakan seseoarang yang lebih layak untukku , dia memang yang terbaik , kerana itu , aku dikatakan tidak layak untuk berdamping dengannya. Aku dan dia terlalu beza. Aku dan dia sangat jauh perbezaan . Aku umpama tanah pasir yang dipijak , tetapi dia umpama langit yang sentiasa dijunjung . Pastinya pasangannya sama taraf dengannya . Itu bukan aku !

Adakah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja??atau sebaliknya . Ah , kenapa aku masih mempesoalkan semua ini ?

Jika begitu mungkin dia mmang bukan jodoh ku kerana aku bukanlah seorang wanita yang baik untuknya,tapi aku berharap mendapat llaki yang baik ,yang dapat mendidikku bila aku bergelar ISTERI nanti , yang mampu mencintai ku lebih dari aku mencintainya , yang mampu memimpikanku setiap malam. Allah , aku harap itulah dia . Ah , mimpi lagi kau Alia.

“ya Allah, aku mohon kepada mu ,jauhilah aku daripada perasaan yang melalaikan ini krana aku tidak mahu perasaan ini akan terus membawa aku hanyut ke dunia khayalan..yang tiada kesudahannya,dan kebenarannya, kerana aku pasti dia bukan dicipta untukku. Aku terlalu banyak membuang masa dengan perasaan ini . Aku terlalu banyak membuang waktu dengan memikirkan dia . Allah , andai sahaja dia bukan jodohku , lenyapkan perasaan ini , tapi .. kalau boleh aku nak jadi jodoh dia .hehe”

cinta layaknya seperti rama-rama,semakin dikejar,semakin jauh dia pergi, biarlah ke mana sahaja dia pergi ,bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu,ia bakal  mengibas sayapnya ke arahmu. menumpang teduh dari panas,hujan duniawi dalam keadaan yang tidak kau sangka , mungkin   saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu , Bersabarlah duhai hati .

Jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya allah tolong satukan hati kami,.Bantulah aku untuk mencintai dan mengerti dan menerimanya seadanya, bantulah aku menerima sebarang kekurangan yang ade pada dirinya. Berikan aku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya, Berilah aku cinta yang kuat agar aku boleh bersabar dengan sikap dan kerenahnya.

Ya Allah , biarlah kekurangannya , dilengkapi olehku , dan seseungguhnya kelemahan yang aku ade , ingin sekali , dilengkapi olehnya. Aku ingin dia yang menenangkan hati ini saat aku dalam keadaa duka.

Redhai dia agar dia juga mencintai,mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekurangan ku sebagai mana yang telah engkau ciptakan, Aku insan yang penuh kekurangan .
Yakinkanlah dia bahawa aku sangat-sangat mencintainya dan rela bersamanya dalam suka dan duka, Beritahulah dia , bahawa aku akan setia menemaninya hingga akhir hayatnya.

Sampaikan lah cinta dan rinduku padanya . Andai sahaja kami bukan berjodoh , Kau buangkanlah cinta yang semakin mekar dihatiku . kau lenyapkanlah ia agar aku tidak terusan berasa sakit bila rindu datang menerpa dihati ini.

Allah , cuma satu pintaku , Jangan kau sia-siakan pengorbanan dan kesetiaanku selama ini . jangan kau sia-siakan penantiaanku dan usaha ku . jangan kau tidak pedulikan setiap titis airmataku yang telah jatuh hanya kerana insan yang tidak halal buatku . Aku telalu banyak membuat perkara yang bodoh hanya kerana cinta yang kuat terhadapnya.

Aku malu dengan diri sendiri , Aku malu dengan-Mu . Aku malu dengan sahabatku , tapi aku tak kuat , Bukan aku tak nak menahan diri dari jadi lemah , tapi aku tak terdaya nak terus menahan rasa yang membuak-buak dihatiku . Cintaku terlalu kuat buatnya , sehingga aku sanggup menerima sesuatu perkara yang dulu pernah aku tolak secara mentah-mentah.Entahla ..


Selamat Hari lahir to My sister

Selamat Hari lahir untuk adik bongsu aku . Ye , Hari nie genap umurnya yang mencecah 12 Tahun . Semoga beliau lebih matang dan berjaya dalam PMR UPSR untuk tahun ini . Makanya hari lahir kami berdua telah disambut serentak . Save budjet kan .

Hari ni ingatkan nak belanja kak cik dengan Aishah makan Kfc , sekali dengan adik aku sekali. Eh silap, bukan aku yang belanja tapi umi aku yang belanja. Tapi Aishah yang menyebabkan semua ini tak jadi. Kak cik , sila salahkan dia ! haha .

Dlam jam 6 petang , aku dan kak cik telah ambil Aishah dekat MC . hm , lepas tu balik sampai rumah dalam jam 7 malam . Lepas maghrib , surau sebelah rumah aku ade buat usrah . makanya dua gadis tersebut telah join kan . hiHi .kbaii . nikmati gambar yang sikit nie .


Ini saya !


Aisha-Alia-Atiraf . Eksited Aishah nak bergambar .


Taraa ! Happy birthday to you Izzah and me .


Aktiviti potong kek masa tengah maghrib pulak tu  . err .peacee !


Me and Kak cik :) peacee !

Hari ini berjalan dipantai pula

hm , Semalam berjalan di Taman Botanikal . Hari ni aku bawak kak cik pergi pantai  . Actually , rancang nak bawak dia pergi main bowling . Akan tetapi , Adik aku tak jadi ikut, jadi satu perkara yang membosankan apabila hanya kami berdua je main . Tak meriah mungkin .

Hm , okayy , Mula-mula pergi mydin dulu , sebab belikan hadiah mady . Sempena Birthdayy dia yang ke 18 19 tahun . SEMBILAN BELAS ye , bukan LAPAN BELAS lagi . dah tua tu . err . Hm , lepas pergi mydin . Aku terfikir nak ajak someone . masej la Adha . Tapi dia macam taknak je pergi . jadinya, aku try lah ajak Bibil. Akan tetapi , dia takjawab . Jadinya aku try la ajak Izzah . Aku pun masej dia . Tanya dia nak join tak ? dia okayy je . Makanya kami pergi ke pantai bertiga.

Akan tetapi rasa tak seronok pulak pergi bertiga . Aku pun minta lah Izzah , masej dak Sam untuk join same . Jadinya sam okayy je . Aku pun pergilah amik sam dekat KUIM . Lepas amik kitorang pergi pantai pengkalan balak. Tapi aku nak carik tempat solat pulak. jadinya kami telah pergi ke sekolah lama kami . Solat disitu , dapat jumpa pak Zainal . Miss >.<

Lepas tu , kami pun tiba dipantai . err . Sangat seronok okayy .Seronok ah sangat . Biasa jee . Its okayy . yang penting ade lah aku bawak kak cik berjalan-jalan . Siot . Dah la huru -hara naik dengan sam . meriah semacam je . Sampai aku dirumah jam 7.45 malam . err . Debar akak . okay la. enjoy with picture . Gambar yang aku tak faham entah kenapa tak boleh nak edit . Buat senak tangan aku je nak tekan benda tu ! 


Sam-Alia-Izzah


Look ! kami perasan sangat . Haha . layan jee lah si keding versi kembung nie . hee


Kak cik-Sam-Izzah. Amboi . kemain lagi kak cik . Macam dah lame kenal je dengan mber aku nie ha .


hallo ! i mana boleh tertinggal . Amboi sam . Macam model gayanya.


Okayy , ni aku tengah makan jambu hasil belanjaan kak cik . 



Peacee ! saya lah paling comel dialam semesta !


Taraa ! ini lah keje sam duk tayang seni yang sebenarnya dia tak ade . Syiera sayang Faiz .


Entah apa yang digelikan hati sangat . wink wink


Comel tak muka saya ? oh kak cik ! you look so cutee ! 



Alia-Izza-Syiera-Atiraf



Merenung masa depan .


Dear crush ! do you know how much i love and miss you ?


Matahari nak terbenam .


Yang ini aku tak fahm . Apesal semua mengangkang . nak main hantu galah ke ? haha





Tiga Gambar yang sungguh bajet .


                                Dear you , O-D-Y-W-B-M . Sabarlah duhai hati :) 

Nantikan gambar untuk hari seterusnya . Esok Aishah akan sampai ke rumahku . Makanya . Banyak sangat tempat dia nak ajak . Nantikan je la .