Teaser #1 Kekasih Kembali Pulang

Manuskrip ke2 yang telah diterima oleh syarikat Kak Fauziah Ashaari. Alhamdulillah masa baru balik umrah bulan 4 hari dapat kiriman email ni memang happy dan bersyukur sangat.

Insyallah, kalau takde aral melintang novel ni bakal muncul dalam edisi buku sebelum hujung tahun nie. Kalau takde masalah begitu la ceritanya.

Insyallah, harap ada yg sudi support saya.

Teaser #1 ( Kekasih kembali pulang ) - Tajuk asal : Ratu Drama



"Aku peduli apa kalau ada orang meminang kau sekali pun. Memang patut ustazah macam kau ni kahwin awal. Aku masih nak enjoy lagi. Aku tak puas nak rasa perempuan-perempuan Malaysia ni.
Kau nak ubah aku? Kau jangan mimpi la. Aku yang ubah kau lagi ada la. Kau ni memang bodoh la Aisyah. Kau dah tahu aku ni lelaki macam mana, kau boleh lagi nak serahkan maruah kau.
Kalau kau mengandung sekali pun, ada aku kisah? Entah-entah sebelum ni ramai lagi lelaki yang dah tidur dengan kau. Perempuan zaman sekarang ni bukan boleh percaya, nampak je baik, hakikat dalaman. Tak ada orang tahu.
Aku rasa baik kau pergi cermin diri kau tu sikit. Kalau rasa tak mampu nak beli cermin besar, aku boleh tolong belikan. Aku dah dapat apa yang aku nak, jadi aku rasa aku boleh bla kot dari hidup kau.
Habis madu sepah dibuang. Aku suka peribahasa tu. Itu la peribahasa yang aku pegang sampai saat ni. Kau ingat kau hebat sangat la boleh ubah aku. Kan aku pernah bagitahu kau masa awal perkenalan kita, aku boleh miliki kau dalam masa tiga hari je.
Tapi aku tak nak la kejam sangat tinggalkan kau terus macam tu je kan. Sebab kau pula orang baik, jadi aku tolak ansur sikit la, aku bersama kau dalam seminggu. Lepas ni kau tak payah nak berangan dapat pelukan aku lagi. Aku dah muak
Kalau kau tu ada bonus macam muka cantik ke, kaya ke, anak orang ternama ke, aku boleh nak fikir-fikirkan untuk panjangkan tempoh percintaan kita ni. Tapi, masaalahnya kau tu tak ada apa-apa. Zero !
Jadi, kau rasa atas sebab apa aku perlu bersama dengan kau? Atas tiket apa aku perlu panjangkan perkenalan kita? Tak ada sebab pun. Jadi, kau boleh pergi dari sini". Panjang lebar Asyraf berkata seakan sedang menghina Aisyah.
Habis menghina Aisyah Sofea, Asyraf dan kekasihnya terus gelak besar. Gelak besar kerana telah Berjaya menghina dan menjatuhkan maruah seorang perempuan yang lemah dengan cinta.
Cinta… andai sahaja kau tidak hadir dalam hati ini, sudah tentu aku akan nikmati indahnya hidup yang dianugerahkan kepadaku. Cinta…kehadiranmu benar-benar melukakan.
Tanpa disedari airmata Aisyah jatuh mengena pipinya. Hatinya terluka, terhiris dengan setiap patah kata yang dikeluarkan oleh Asyraf. Aisyah sedar kini dia memang telah ditipu. Aisyah ditipu!
Sakitnya hati Aisyah ini memang tak terkata. Seribu jarum menusuk hatinya tak sama sakitnya dengan kata-kata biadap yang dilemparkan oleh Asyraf. Dia dihina bagaikan pelacur ! pedih hatinya.
"Sampai hati awak buat saya macam ni kan?. Apa kurangnya saya? Saya dah beri apa yang awak nak. Semua yang awak nak saya dah serahkan. Awak tak boleh nak buat saya macam ni. Maruah saya pada awak.
Tolong Asyraf.. awak kena kahwin juga dengan saya. Awak tak boleh nak tinggalkan saya. Tak boleh!" Jerit Aisyah kuat.
Kemudian, Aisyah mara ke arah Asyraf. Aisyah sudah tidak nampak keayuaannya lagi. Wajahnya yang bengis sudah keluar. Aisyah benar-benar sudah marah. Menggelodak hatinya ingin menampar wajah bersih Asyraf itu.
Dia menolak perempuan yang ada disisi Asyraf. Kemudian dia memegang pergelangan tangan Asyraf kuat. Aisyah memandang tepat mata Asyraf kemudian dia menelan air liur.
"Awak tak boleh tinggalkan saya. Tak boleh ! awak dah ragut maruah saya. Kemudian awak nak bla macam tu je. Awak tahu tak? 20 tahun saya pertahankan maruah saya, tapi saya akui saya kalah dalam genggaman awak.
Sekarang awak kena bertanggungjawab dengan saya. Awak ingat awak boleh buat saya macam awak buat perempuan lain? Tak Asyraf.. tak. Awak kena kahwin juga dengan saya. Kena !"
Asyraf jadi marah. Dia terus merentap tangan Aisyah. Kemudian tubuh Aisyah ditolak sehingga Aisyah jatuh tersembam ke bumi. Dahi Aisyah terhantuk dibatu. Cecair merah mula mengalir dari dahinya.
Asyraf gelak puas. Dia memang benar-benar puas hati melihat Aisyah jatuh dan kemudian dahinya berdarah. Baginya itu pengajaran untuk perempuan yang tidak sedar diri dan suka memaksanya dirinya.
"Itu untuk perempuan yang tak sedar diri macam kau". Ujar Asyraf lalu mahu melangkah pergi.
Tetapi Aisyah tidak berputus asa. Dia bangun dan menarik lengan Asyraf sehingga lelaki itu berpusing memandang wajahnya. Asyraf masih tersenyum. Dasar lelaki tak ada hati dan perasaan.
"Saya akan report polis kalau awak tak nak bertanggungjawab keatas saya". Ugut Aisyah.
Asyraf senyum sinis.
"Buatlah kalau kau berani. Kalau kau dan keluarga kau tak nak tanggung malu, kau buat la. Tapi aku nak tanya kau la, kau agak-agak la polis mana akan percaya kata kau. Aku bukannya rogol kau pun. Kau yang serah diri.
Eh Aisyah.. perempuan yang ada dengan aku ni semuanya datang dengan rela hati tau. Bukan aku yang paksa. Kau kena bersyukur sikit, aku terpaksa berusaha untuk dapatkan kau walaupun cuma untuk seketika.
Tapi sayang lah kan sebab hati aku ni cepat bosan. Aku tak boleh nak setia terlalu lama. Cuma tang yang malam tu aku minta je. Orang dah bagi aku terima la. Buang masa je aku cakap dengan kau ni. I think better you go back". Asyraf berkata dengan nada manusia tak ada hati dan perasaan.
Bagi Asyraf sekali dia tidak suka, dia tidak akan sesekali meninggalkan rasa kasihan pada wanita itu. Perempuan yang kuat perasan harus diberi pelajaran. Jangan jadi hamba kepada cinta.
"Jadi awak betul-betul nak tinggalkan saya? Awak tak boleh buat macam tu Asyraf. Tak boleh ! saya boleh bahagiakan awak. Kalau awak sudi kahwin dengan saya, saya janji akan setia dengan awak walau seribu tahun". Janji Aisyah.
"Memang la kau berani berjanji. Sebab kau pun hidup tak akan seribu tahun. Kau tak payah nak buat drama pula dekat sini eh. Aku banyak lagi benda nak kena buat. Sebelum pecah bibir kau aku kerja kan, baik kau bla". Asyraf seakan memberi amaran pada Aisyah.
Berjurai-jurai airmata Aisyah mengalir. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi. Aisyah takut seandainya dia disahkan hamil. Ya Allah, aku mohon ampun. Aisyah menyekat airmata yang mengalir.
"Kau tunggu apa lagi? Blaa ah! Kau tunjuk muka kau lagi dekat depan biji mata aku, jangan salahkan aku kalau biji mata kau jadi hidangan sup pula. Perempuan tak tahu malu." Hina Asyraf.
Sakit ! perit ! terluka ! pedih ! malu ! itu semua yang sedang Aisyah rasakan. Dia malu untuk berhadapan wajah dengan masyrakat. Dia tidak tahu macam mana hendak memberitahu Pak Long Hashim.
Amar ? Aku tak harus menerima lamaran lelaki itu. Dia terlalu baik untuk memiliki diri aku yang sudah kotor dan jijik ini. Aku tak mahu dia tahu aku sudah ternoda. Biarlah dia bahagia dengan perempuan lain. Aku bukan tercipta untuk dia. Kata hati Aisyah Sofea.
Asyraf? Kau akan terima balasannya satu hari nanti kerana memperlakukan aku begini. Aku sumpah Asyraf yang kau tak akan terlepas macam tu je. Kau akan terima padah atas sikap buruk kau. Kau tunggu.
Kau hancurkan maruah aku, lepas tu kau pergi macam tu je. Paling menyakitkan kau hina aku Asyraf. Kau buat aku macam sampah. Kau fikir aku robot yang tak ada hati dan perasaan. Kau tunggu. Aisyah menyimpan dendam.
Sekali aku mencintai, aku benar-benar cinta sehingga aku sanggup berkorban apa pun. Sekali aku sudah membenci, seumur hidup aku akan buru untuk membalas dendam. Ingat Asyraf. Ingat peringatan Aisyah Sofe.
Aisyah terpandangkan seketul batu yang dia terfikir hendak membaling pada perempuan gedik tadi. Kini sasarannya berubah pada Asyraf. Batu besar itu bagai memanggil-maggil sahaja Aisyah untuk menghentak kepala Asyraf.

Namun, jeritan hon kereta yang ada dijalan raya membuatkan Aisyah kembali ke alam realiti. Tidak perlu membalas sekarang,  tunggu waktu yang sesuai.

2 comments:

Cik nadya said...

bestnyaa da ade novel sendrik.. skrg ayah kite sibuk suruh kite buat cerpen.. langsung xde idea ni.hehe

Unknown said...

menarik...dn akk amat teruja...