Apa yang aku ingat tentang dia , dia pernah dan boleh dikatakan bukan sekali , tapi masuk la juga dua dan tiga kali tapi masih tak lebih dari 10 kali , dia cakap sesuatu dekat aku , yang boleh dikatakan hati aku agak cair la juga, tapi kerana ego , aku membekukan hati sahaja.
Alia, sahabat yang baik , tak akan biarkan kau berterusan dalam dosa, kitorang tegur kau ni sebab kitorang sayang kau. kitorang nak kau berubah , tutup aurat itu elok-elok.Kitorang ? macam ramai kan ? yang nasihat memang ramai , tapi entry ni just for 'one person' . Aku takde la sampai kata dia pun ah berubah sampai bukak terjah aurat sane nie . Tak la . Cuma masa dulu , bukan dulu je , tapi sekarang pun aku jenis yang tak suka pakai stoking , dan juga pakai handsock. Aku memang tak suka sebab aku ego .
Dia tegur aku. Ye , memang la baik. Dia cakap kawan yang baik je akan nak kita sama-sama masuk syurga. Wow ! ayat memang terbaik la. Tapi apa cerita sekarang?
Aku dengar-dengar orang duk mengata kau sebab tak pakai benda yang dulu kau suruh aku pakai? Aku tak nak lah amik port sangat pasal kau , sebab aku rasa sakit hati je pkir pasal kau. Tapi dah alang-alang aku terdengar kan. Aku terfikir jugak.
Dulu kau tak macam tu tau. Aku nie .. Aku nie... yang memang degil , susah nak jaga aurat , aku masih pakai sampai sekarang bila ke kelas. Ye , aku akui ,aku hipokrit , sebab aku tak pakai pada dunia luar. Hanya syarat di APIUM Nilam Puri nie je. Tapi aku nak cakap pasal nasihat kau tu.
Kau nasihat aku. Pung-pang, pung-pang . Tapi sekarang apa hasil kau? Aku ni memang dari dulu macam nie, Tapi kau bukan. Dulu , kau tak macam nie, kau baik , kau jaga , kau alim. Mana hilang kata-kata kau sendiri tu ?
Hati aku cukup yakin ,nak katakan yang kau sangat hipokrit ! Kau memang orang yang sangat hipokrit. Kadangkala benda tu takade dalam diri kau , tapi kau sengaja wujudkan . Kenapa?
Banyak aku nak cakap , tapi biarlah setakat yang ni je aku luahkan . Aku tak kisah sangat pasal kau tu. Sebab aku pun bukan la jaga aurat sangat. Aku lagi la , masih mentah. Tapi aku nak ingatkan je , orang akan bercakap-cakap pasal kau, nanti kau memetir pulak. Aku ni dah biasa kena tegur dengan orang , takut kau tu je tak biasa . Kbaiii
Sahabat yang lain , teruskan mengingatkan aku soal aurat. Aku masih lemah dan cuba perbaiki. Meskipun aku tak cukup jaga lagi , teruskan menegur , meskipun aku akan marah dan meluat , bengang , teruskan menegur . Mana tahu satu hari nanti hati aku akan lembut ,dan aku akan buang ego dia hati ini.
No comments:
Post a Comment