Tanda wanita jatuh cinta

Assalamualaikum. Mimpi tadi memanggil aku untuk membaca entry-entry pasal cinta. Eh , bukan muka ni memang duk gasak je ke asyik cari artikel pasal cinta. Almaklum lah , orang mencintai , bukan bercinta, sebab aku cinta bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak suka aku.

Macam menarik nak kongsi dengan awek cun diluar sane. Mungkin ada yang dah tahu , mungkin juga ada yang belum tahu kan. Ada juga yang tahu , tapi buat-buat tak tahu , dan nak tahu lagi. Ada juga tu, macam aku la ye kan.

Kenapa la aku lorat sangat nak post entry nie , sebab semuanya kena dengan diri aku. Hakss . Apa yang aku rasa , semuanya kena dengan tanda-tanda nie. Memang superterbaik la. Jum baca.

  • sering memberi komen pada status di laman sosial lelaki itu. Bila lelaki itu update status di facebook atau twitter atau apa-apa laman sosial , mesti dia akan komen. Soal aku , ye , aku tak leh komen , tapi aku akan komen guna acc kawan-kawan aku. Hakss.
  • ada banyak tingkah laku yang dilakukan. Contohnya dia menatap lelaki dengan melilit rambut kan. Aku tak la, sebab aku bertudung. Lain , dia meletakkan jari digigi. dan matanya akan sedikit membesar ketika bercakap dengan lelaki. Amat dalam pandangan matanya. Yang ni, aku tak perasan sangat ade ke tak dalam diri aku. Hakss.
  • mendekati teman baik lelaki itu. Bila kita suka dekat lelaki tu, mesti sedaya upaya perempuan nak cuba rapat kawan baik lelaki itu, untuk tahu prihal dan keadaan lelaki yang dicintai itu. brr , aku macam ni juga , tapi aku tak dapat nak dekati kawan baik lelaki tu ,sebab aku takut, tp aku pernah cuba.
  • sering menatap lelaki itu. Serius ! ini 100% betul berlaku dalam hidup aku. Tapi kekadang tu kena la cover kan. sebab cinta tepuk sebelah tangan je kan. Alahai kesian je la. Bila perempuan suka dekat lelaki itu , mesti dia selalu nak je tengok muka lelaki itu. Ye kan?
  • teman-teman kita tahu nama lelaki itu. Yup , bila kita suka seorang lelaki , mesti kita akan menceritakan semua pasal lelaki itu ,dekat kawan-kawan kita. Jadi kawan-kawan kita akan tahu la pasal lelaki itu. Ini pun terjadi dalam diri aku. Haks
  • wanita banyak itu banyak bertanya. Bila perempuan tu jatuh cinta, dia akan banyak  bertanya soal lelaki itu. Contohnya , apa yang lelaki itu suka , apa dia tak suka. Macam-macam la kan. Aku nak bertanya tapi aku takade kekuatan. Sebab aku takut. Jadi aku cuba mengkaji dari jauh je la. Entah betul ke tidak.
  • senang berkongsi cerita dengan lelaki itu. Bila kita suka dekat lelaki itu, mudah sangat kita nak tabur telinga kita dengar kisah lelaki itu. Apatah lagi , ringan je mulut kita nak cerita pasal diri kita dekat lelaki itu. Sebab kita suka dia. Tapi aku ? aku nak , tapi aku tak mampu :( . Aku pernah cuba , tapi tak menarik . Hakss . Kesian .
  • mudah diakses. Maksud nya kalau dia ajak berbincang , kita mudah je nak beri penjelesan dan menerangkan akan sesuatu tu. Ini aku kurang faham. Tapi aku faham sendiri la. Entah la, faham-faham je la ye. Yang pasti kalau dia ajak buat sesuatu tu, kita mudah sangat terima. Kecuali yang bebukan la.
  • tampil lebih cantik bila bertemu. Bila kita akan bertemu ke , atau tahu akan betemu ke , kita mesti nak tampil cantik didepan dia. Ye la, mana tahu dia boleh tertarik ke kan. Yang pasti memang sifat semulajadi wanita nak tampil cantik berada didepan orang dia suka. Ini aku sokong.
Taraaa ! tamat . Serius , Hampir semua kena dengan aku. Korang pulak macam mana ? kena tak ? Sampai sekarang aku  masih menunggu dan terus menunggu . Alahai sadisnya. Takpe la, watlex dah ler. kbaii