Best jugak layan budak2

Dulu, aku selalu fikir "Ergh , aku tak mampu jadi seorang guru, sebab aku tak mempunyai kesabaran yang tinggi ". then .. " aku tak sanggup nak layan kerenah budak-budak". 

Yes ! aku memang takut nak jadi seorang guru sebab itu la sebabnya . Aku takut aku tak mampu nak tahan sabar. Tapi cuba teka ? Alhamdulillah ,  kali ini aku rasa kelainan jadi cikgu. Aku sayang sangat dekat budak-budak tu. Terasa rindu bila dorang tak ada disisi. Paling tak sangka , aku boleh tak marah sangat. I can keep cool .

ergh ! Budak-budak memang sangat menceriakan aku . Cuma sometime bila mood lari sikit, memang malas nak layan la keletah bebudak nie . Macam mana aku boleh ade kesabaran yang tinggi mengajar dan mendidik budak yang degil dan tak tahu nak sebut nombor satu . 

Ada antara mereka yang belajar matematik . Nombor satu jadi perktaan 'Aliff". Ish , nama pu bebudak . Serius ! menceriakan aku sangat . Walaupun aku memang paling bengang sebab kena bangun 8 pagi. But, iam happy !  Ade lagi tu , bunga orkid jadi rokid terus dia sebut . HAHA . funny betul la bebudak nie .



*psst ..psstt . Baju sebenar mereka warna hijau. ini baju sukan la i ambil .
Budak-budak nie dah la kuat mengadu . Kawan dia pusing belakang pun dia datang mengadu . Tapi bila ade bebudak ni , rasa hilang rindu pada orang jauh tu . Betul kata orang , kanak-kanak boleh ubat hati kita . Sekarang aku yakin aku boleh jadi pendidik , cuma ianya bukan bidang dan minat aku.Sekadar nak ganti atau isi masa terluang . Aku okay sahaja  ! sebagai pekerjaan . Sorry to say la. hehe.

Paling best , Aku jadi jurulatih bola jaring tau ! siapa sangka ? wakaka . Lagi satu . Budak-budak ni panggil aku 'cikgu kakak" , bukan 'cikgu alia". takpee la. nama pun budak-budak kan .

Kisah petang pulak. Aku ajar budak mengaji . Huh ! itu lagi sesak . Ramai sangat . dah la dua jam je masanya  . budak-budak nakal ya rabb . Tapi bahagia. comel je tengok dorang mengaji iqra' atau alquran . rasa tumpah kasih sayang . 

Dapat juga jumpa dengan imran , mawi , umairah dan yang lain-lain . ramai pelajar baru . Ha , kalau kelas mengaji , segelintir je panggil ustazah , ade juga yang panggil aku kakak je . hehe . Kalau dah nak masa balik, semua dah tak tentu arah nak mengaji , berebut-rebut .kbaii

*gambar budak mengaji alquran tu takde la pulak .


2 comments:

Alia Laila said...

Assalamualaikum :)

Hehe nama kita sama ;)
Akak dulu pun pelajar tadika pasti jugak ^^

Seronoknyaaaa ajar budak-budak mengaji :D

Unknown said...

hihi, comellah.. gudluck k.. jadi jdi ckgu tu tnggungjwb besar.. pahala pun besar gak :) <3