Majlis Pelancaran Tawaran Pakatan Rakyat Melaka

Alhamdulillah . Syukur akhirnya berakhir juga Majlis Pelancaran tawaran Pakatan Rakyat Negeri Melaka yang berlangsung di Pekan Durian Tunggal Melaka. Tempat saya tu . kiki.

Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat disempurnakan dengan kehadiran YAB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat. Alhamdulillah . Rasa berdebar sangat nak pilihanraya . Terasa auranya Lain . Tak apa kalau kalah , yang penting kita memperjuangkan agama Islam . 

Turut hadir pengerusi parti-parti dalam Pakatan Rakyat; Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka), sdr Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka), sdr Shamsul Iskandar (Pengerusi PKR Melaka) dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat Melaka.


Kita tak pernah KALAH , kita juga TAK pernah menang . Cuma keazaman dan semangat tu perlu ada dalam memperjuangkan agama Islam 

Menurut Haji Abdul Hadi Awang, tema manifesto Pakatan Rakyat Melaka sangat sesuai. Dengan tema "Melaka Milik Rakyat".


"Melaka ini bukan milik PAS, Melaka ini bukan milik DAP, Melaka ini bukan milik Keadilan. Apatah lagi Melaka ini bukan milik UMNO/Barisan Nasional. Tetapi Melaka ini adalah milik rakyat," ucap Presiden PAS.

Tambahan lagi, Haji Hadi menyatakan hasrat kepada seluruh rakyat Melaka khususnya dan Malaysia amnya. "Jangan Melayu, Cina bergaduh. Yang kenyang (adalah) Barisan Nasional. Sudah cukup 50 tahun lebih. Pakatan Rakyat nak tunjukkan kebolehan memimpin selama lima tahun. Berilah peluang kepada kita." 

Beliau juga ada memberi serangkap pantun . tapi saya tak dapat nak detect pula. Sebab bising , jadi tak dapat nak dengar . maklum lah orang hebat nak berpantun . Mestilah bisingkan . kiki .



Ini dirumah Saudara saya . Beliau makan malam . Makanan yang dihidangkan adalah nasi arab . Nyum-Nyum. Sedapnya . Tenang je tengok muka beliau . 


Ini barisan pemimpin Negeri Melaka .


Antara penonton yang Hadir . terasa sangat sambutan yang luar biasa . Dulu, susah nak dapat seramai macam nie .


Takbirr ! Allahuakhbar !! ini Kalilah Kita kasik tukar kerjaaan yang Zalim ! Hidup Rakyat !

2 comments:

Anonymous said...

bodola kau ni.. kau hidup semuanya atas kerajaan.. dasar xreti bersyukur..

aLia aLi said...

hahaha .. kerjaan milik rakyat . bukan BN . harap maklum. jd xde istilah tak ersyukur, lagpun semua ini atas izin Allah .