Erti konsep bersyukur bagi rakyat

Pertama sekali , bila rakyat menyokong Pakatan Rakyat , dan melakukan himpunan , Rakyat akan dicop sebagai rakyat yang tidak bersyukur. Kenapa ye ? Sedangkah Kerajaan bukan milik Umno tapi milik rakyat. Milik Parti yang memerintah .

Apabila kerjaan memberi BR1M atau apa-apa bantuan kepada rakyat. Kemudian , rakyat tersebut menyokong pakatan rakyat ,Ada antara mereka yang mengatakan bahawa rakyat tersebut tidak tahu erti syukur. 

Sedangkan kita semua sedia maklum , Apa yang diberi itu adalah hak rakyat yang sepetutnya rakyat dapat lebih lagi dari itu.

Tambahan lagi, memang tanggungjawab sesebuah kerjaan itu, memberi kemudahan kepada rakyat. Ada yang mempertikaikan. Kalau sakit , cari hospital kerjaan juga, kalau nak belajar cari institut pengajian tinggi kerajaan juga. Tapi hentam kerjaan sendiri.

Kerjaan itu milik rakyat. Kerjaan itu hendaklah memberi bantuan kepada rakyat. Itu baru dinamakan kerjaan yang adil dan telus. Berikut adelah pandangan seorang Pelajar UK tentang pentadbiran Malaysia dan sistem Pilihanraya Malaysia . Ianya juga memberi pandangan konsep bersyukur.  Seratus peratus saya sokong !


Saya setuju sangat . Kenapa pemimpin kita tak boleh ditegur . Sedangkan pada zaman Sahabat Nabi. Salah seorang sahabat Nabi iaitu Umar Al-khatab meminta agar sahabatnya yang lain menegur jika dia membuat salah. Sedangkan sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga sedia menerima teguran . Apakah kita sebagai pemimpin biasa yang banyak buat silap , tidak boleh menerima teguran ?

No comments: