Aku harus akui semua ini bukan tercipta untukku . Tapi kenapa diri ini masih berdegil untuk teguh menjaga rasa ini . Kenapa hati ini terlalu degil untuk pergi dari semua ini . Kenapa hati ini masih kuat untuk menyimpan perasaan ini .
Kadangkala aku sendiri tak faham . Kenapa perempuan ini terlalu lemah soal hati . Semakin menyayangi apabila semakin disakiti . Err . Btw . Diri ini tak pernah pun disakiti olehnya . Tapi aku yang merelakan diri dan hati ini disakiti . Sepatutnya aku tak boleh nak rasa skit pun benda tu . err
Entah kenapa dengan malam ini . Hati terasa sunyi pulak tiba-tiba . Rindukan seorang sahabat untuk meluahkan apa yang aku rasa ketika ini . Aku perlukan dia disisi untuk berkongsi apa yang aku rasa supaya dia dapat tenangkan hati ini . Bukan aku tak berkongsi dengan sang pencipta . Tapi aku manusia biasa, aku juga perlukan teman untuk meluahkan .
Hati rasa sedih je . Sebab tu aku terus layan lagu sedih . tukar background lagu sedih . I Miss Him So Much. Macam mana boleh ade rasa rindu sedangkan kami tak pernah bergurau ? Macam mana boleh ade rasa sayang , sedangkan dia tak pernah menabur budi padaku ? macam mana boleh ada rasa lain, sedangkan dia tak pernah menghulurkan sedikit pun hati diia untuk ku .
Soal perasaan memang ajaib . Siapa sangka aku boleh terima segala kekurangan yang ade pada dia , sedangkan dulu, kekurangan itu lah yang telah aku cuba elakkan .
Nafsu hanya akan memberikan kebahagiaan sesaat , tetapi cinta yang sejati akan memberikan dirimu bahagia yang selamanya dan yang terindah dalam hidupmu
cinta tak harus memiliki.. Kadangkala mereka harus melepaskan cinta tersebut , kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai
1 comment:
saya tag kamu..
http://bondaqalish.blogspot.com/2013/04/contest-blog-super-kawai-by-bubu.html
Post a Comment