Pemuda PAS lantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta



Mohd Nor bersalam dengan Ustaz Azhar Idrus

Di Kuala Terengganu , Pemuda pas telah menjadikan Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihanraya kali ini.

Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang  (kempen) PRU-13, beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong. 

Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program 'Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus' di sini semalam, Jumaat 5 April.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.

Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran 'Anak Muda Berkebajikan' ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.

"kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

tahniah buat UAI...

dear jika sudi dijemput untuk join...

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html