Dulu masa sekolah-sekolah . Orang tak pernah jumpa, tak pernah kenal muka, tapi boleh sayang bagai nak rak . Aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan dia sayang sedangkan tak pernah hidup sesame , setakat masej dan contact gitu-gitu je .
okay , Now , aku dah dapat jawapan . Dulu, aku pun pelik macam mana aku boleh sayang seseorang yang aku tak pernah bercakap , tak pernah jumpa, tak pernah hidup sesame .
Bila kita selalu ambil tahu pasal dia , bila kita selalu ambil berat pasal dia , walaupun dia tak tahu , secara dengan itu akan ada tumbuh perasaan . Contoh terdekat la. Tuan Guru Nik Aziz , aku tak pernah hidup dengan dia , tapi macam mana aku boleh menangis bila dengar kisah dia ? kenapa aku boleh sayang dia ? sebab aku ambil tahu perihal hidup dia .
Macam tu jugak dengan keadaan ini . Kita memang tak kenal orang tu , tapi bila hari-hari kita duk jengok dia , ambil tahu perkembangan dia , ambil tahu pasal dia , selalu dengar ayat dia , baca ayat dia . Kita akan mula ada rasa suka .
Tweet ! Aku bukan cakap pasal diri aku tau . Sebab benda ni aku tetiba terfikir je tadi . Jadi jelas lah , kalau kita nak lupakan seseorang tu , berhenti ambil tahu pasal dia , berhenti tatap benda yang berkaitan dengan dia , berhenti dari ingat dia atau jangan kaitkan segala benda dalam dirimu dengan dia .
Tapi aku nak ke buat semua tu ? aku sendiri tak nak . Penin akak lah cerita soal hati nie . biar pi lantak la.
No comments:
Post a Comment