Siapa kata aku tak berani?

Rindu  punya pasal . Aku telah buat kerja gila dan bodoh dan bangang yang aku sendiri tak pernah terfikir aku akan buat macam tu  . Gila aku boleh bagitahu dia aku rindu dia . wakaka . Eh  , tapi aku bagi tahu dia bukanlah scara terus terang .

Mestilah kena berlapik kan ? Nanti kantoi la . Malu la aku nak masuk sem 3 nanti . kiki . Apa pun syabas Alia , dengan berani pada jam 2 pagi kau telah melahirkan rasa rindu kau pada dia . Walaupun dia tak faham

Gila . Memang giler . Mana tak nye weh ? Aku boleh hantar masej bagitahu dia yang aku rindu dia . Tapi takde la sampai aku tulis yang aku rindu dia . Aku guna bahasa aku sendiri la. Aku je faham . Dan ade sesetengah je yang faham .

Ergh ! Lepas aku send masej tu . Aku terus off handphone . Kiki . Takut dan debor punya pasal. Esok pagi jam 10 aku bukak , dia balas 'gpo?ngiga ka mg ni?' . HAHA . menyerongih aku baca ayat tu . Padahal dia tulis tu je pun . Aku nak memasak pun aku bayangkan masej dia lagi . Walaupun aku pandang sepintas lalu je tapi kekal kuat kukuh diingatan aku . 

Mana tak dia kata aku ngigauu . Aku hantar dekat dia 'rk' je . haha . mesti la dia pelik. dah la jam 2 pagi pulak tu . Buang tebiat ke hape ? Tapi nak buat macam mana . Dah tak boleh nak bendong ! Faham tak ?

Lantak kau lah ! Aku tak kisah la kau nak cakap aku hape pun . Yang penting aku dapat lepaskan . lantak kau lah nak kata aku gila ke meroyan ke . Dapat la hari ni aku masej dia beberapa masej . Asalkan dapat .

Kau memang gila Alia ! Kau carik nahas je masej dia . Buat awek dia ke , sesiapa tahu , mampus kau ! kau dah tahu dia tak nak dekat kau , yang kau heran sangat nak dekat dia asal . Ish ! Insaf la sakit . Lantak la.

1 comment:

NaJaH RaZaK said...

alolo sweet gler aliah..haha "rk" huhu