Laptop rosak



Sedang aku menikmat lagu-lagu dibelog yang baru je aku update. Azam pun berkumandang .Makanya aku terus bersiap-siap la. Dah maghrib kan .

Dah lepas bersiap . Masuk bilik je . Laptop yang sebelum ni aku tak de rasa apa-apa pun , tertutup. Eh ? matikah  ? saat itu aku mula nak mengalirkan air mata. Cis ! bajet gila.  Aku try bukak , aku tutup , aku bukak aku tutup , gaya macam nak selamatkan nyawa seseorang . Tapi tak hidup jugak .

Adoi! stress aku . Akhir sekali , aku bawak kedai .Nasib baik kena rm40 je . Kalau Rm400 ? memang terberanak la aku yang tak mengandung nie . Alahai ! sekarang bila laptop ku kembali sihat , aku rasa sayang sangat . Gila kau  !!! aku memang rindu laptop aku setengah mati weh . Sesak nafas aku tanpa dia . HAHA .

Tapi syukur la. . Baru je kejap tadi , abang tu hantar . Macam bos kan . Siap orang tu hantar ke rumah . kiki. Aku akan hargai laptop aku nie . jangan nakal-nakal ye laptop. Seksa beberapa hari tak online.kbaii

1 comment:

heirizalieyana said...

knpa boleyh jdi mcm tue,,apa yg rosak