Berjalan sebelum balik Kelantan

Assalamualaikum youuu allsss . Apa khabar semua . kiki. Hari ni , petang tadi , aku pergi buang masa jejalan dengan adik sedara aku kan . Pergi tengok wayang , dan makan-makan sambil karoke. Memasingkan suara sedap.

key enjoy ye ! Sebelum masuk wayang jam 3.40 , baik penuhkan perut dulu kan .


okay . Ini adik sedare gua . Tudung hijau tu Hidayah namannya , sebelah tu Masitah .  Kami makan dekat chiken rice shop . Lapar giler.


Taraaa ! ini pula Amirah . Ini kakak kepada Masitah tadi tu. Key , dia yang ajak aku keluar siang tadi.


Taraaa ! ini pulak awek cun abad yang entah keberapa entah . Maklum lah keje dia asyik duk perasan je . Untuk pengetahuaan korang , aku sebenarnya pakai tudung kaler hitam .

Tapi entah mana datang air masa aku tengah solat . Habis aku solat je , aku tengok habis lencun basah la tudung aku . Jadi beli la yang baru . Dah la tak beriron .


 kahkah- menggigil punya pasal, lapar nak mati punya pasal , aku telah order dua jenis air . Satu air pepsi , satu lagi air milo.

Dan apa jenis makan entah aku ni. Sekali makan dalam satu hari , RM30 hengget habis . Masyaa Allah Alia oi, makan ke apa nie ?


laparnya memasing . Memang lapar habis dah nie . sebab tu sampai je terus makan . ngap !


taraaa ! ini mira dengan hidayah . entah apa yang mira pandangkan tu .


ni ! gambar ni kalau aku buat profile picture facebook msti ada yang menegur 'alia kalau bergmbar mst dengan makanan' . HAHA . nak buat macam mana . HOBI

Macam cun je gambar aku nie . Kenapa lah secara realiti aku tak cun jugak eh ? errr


Ni menonggeng-nonggek nak pilih lagu . Aku je la baring malas nak pilih . Hanya dua lagu je aku pilih, tapi satu lagu je sempat nyanyi .


Acecece . Sedap ke suara tu cik alia oi ? dan-dan je bernyanyi tu . Layaaan lagu jiwang la


laaa , pulak dah dua beradik ni menyanyi macam tengah putus cinta je . Lagi-lagi yang baju putih tu .


Yang ni pula tak mahu menyanyi . Katanya segan la konon kan . Suara tak sdap. Macam la suara kitorang sedap . Lagi macam katak ade la. haha . Zassss .

"Star trek into darkness" . Niat tak nak tengok cerita ni . Nak tengok cerita hantu 'rose chritsmass' . Tapi macam tak ade je. Layan , yang penting heronya handsome . haha .kbaiii

Berita baik : biar betul ?



Siang tadi aku ade post pasal berita baik dengan berita buruk ( la sangat ) . Berita buruknya aku dah story dah pun kan , kan , kan ? pasal mate aku kena repeat awal . huh ! kus semangat . 

Jeng , Jeng , Jeng . Berita baik untuk diri aku ni yang comel lote perasan nak mampus nie ha kan , Ialah aku bakal menjadi seorang ibu . coyyy ! haha . Tipu aje . Aku tak kahwin lagi, Ape la gila naw aku nie .

tettt . Tadi pagi tadi bukak email. Macam biasa la nak check kot-kot  la ade maklum balas dari pihak hotel tune yang aku book tu kan. Ye la, kan baru-baru ni dia cancle kan . Jadi nak tahu la perkembangan.

Trint .. trint ... Dapat email dari seseorang yang boleh dikatakan sambil tengok perkembangan tune hotel sambil tunggu email dari dia lah . Siapa tu ? Siti Rosmizah la. Korang kenal tak ? 

ala, penulis novel 'cinta kau dan aku ' andai itu takdirnya' , 'lafazkan kalimah cintamu' , '7 hari mencintaiku' , takdir itu milik aku' dan yang terbaru  ' curi-curi cinta' . Penulis gempak tu .

Aku bakal , bakal , bakal , bakal, bakal diserap menjadi penulis novel dibawah naungan SR publication. Menuskrip aku telah diterima . Syukur ! Hope ade sambutan .

Tapi aku kena la betulkan sedikit menuskrip tu balik. Salah ejaan kan . syok sendiri je menulis. Aku ni baru lagi, banyak salah dan silap tu tetap ada. Jadi mohon yang terbaik la.

Satu cita-cita aku bakal tercapai . Seronok sangat . Ini semua bakal tau , doakan lah yang terbaik. terkejut sangat dapat email dari pihak penilai menuskrip beliau. Syukur .

Penghargaan buat pengomen tegar

Assalamualaikum you alls . serak suara terlalak sane sini .  Penat , ummi dengan walid pergi ziara  ade pak cik tu sakit dekat Hospital Kuala Lumpur . Balik on blog , ade komen dar orang sama.

Maka dengan ini saya nak buat satu penghargaan dekat seorang pengomen tegar saya . Beliau sentiasa support saya , sentiasa bagi kata-kata perangsang dekat saya .

Apa yang saya nak bagi ni tak la besar anda gempak mana . Saya cuma mampu bagi topup RM5 . Jadi kepada Farah Waheda Wahid . Sila tuntut topup tu dengan saya disini > SINI < . Terima kasih sekali lagi.


berita baik vs berita buruk



Assalamualaikum . Saje santai nak update belog pagi-pagi nie. Syukur , syukur sangat . Asalnya memang mengharap keluar keputusan minggu ni before balik kelantan .

Tapi bila fikir balik, redho je la kalau tak keluar minggu nie . Alih-alih tadi buka email, dapat satu berita yang buat daku nak pengsan sepuluh kali je . Berita apa  ? nantikan ye lepas saya cerita dekat family saya dulu.

Berita buruk pula , sedap-sedap tengah tidur pagi tadi tiba-tiba ade orang call. heyyy you, panggilan tu dari UM tau , bukan nak berhentikan aku , bukan juga nak tuntut hutang . Tapi sebab kes repeat tu .

Dia just nak bagitahu yang repeat akan dibuat awal. dia tanya aku dapat surat tak. Aku cakap tak pun , makanya dia suruh aku amik surat nanti untuk repeat sub Matematik 6 Jun nie . Kenapa awal sangat ?

ergh ! act , bagus juga awal-awal kan , sebab nanti tak ade la pecah otak aku masa final exam nanti . Baru masuk sem 3 dah kena exam . HAHA . bagus sangat la tu . So, Najiha sila bersedia untuk ajar saya matematik ye . kbaii

dari hati ikhlas boleh jadi tak ikhlas


Hallo ! hari ini saya nak sentuh sikit pasal budi bahasa . Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal budi bahasa ? bukan apa , kata orang kita berbudi , orang berbahasa.

Cerita ni timbul sebab aku rasa hati aku ni dah tak macam ikhlas lagi nak berbudi dengan orang , bukan apa kalau kita berbudi , orang kena la pandai berbahasa . Maaf mungkin entry ni agak panjang , tapi amat bermanfaat .

1-Aku sering tumpangkan orang naik kereta aku. Maksud aku macam nie, aku bawa kereta , datang rumah mereka , lepas tu bawak mereka pergi tempat yang kami nak tuju , lepas tu balik aku hantar.

Aku ni tak ada niat nak berkira , cuma cuba korang fikir , kalau dah selalu benda tu terjadi tanpa si dia   ada rasa nak berbudi bahasa dengan kita , apa yang kita rasa ? 

Aku tak kisah nak tumpangkan orang , tapi aku bak bagitahu la , Najib tak turun-turunkan harga RON95 lagi, aku pulak still gunakan minyak tu , Okay , aku bukanlah nak sangat duit minyak tu . Cuma kata orang berbudi bahasa la sikit.

Aku pernah bawa Fadhilah pergi main bowling dengan kak cik dan Aisyah. Bila sampai rumah Fadhilah beria-ria nak bagi aku duit minyak , aku tolak.

Kalau korang nak tahu , aku tak akan amik ( kadang-kadang je amik bila dah pokai ) , Tapi sedapkan lah hati orang tu dengan ulur-hulur la sikit . Aku ni pun tak bekerja . Korang buat aku macam driver korang je. Driver pun ada gaji tau .

2-Kalau keluar jalan-jalan . Kenapa mengharapakan aku belanja ? Korang tahu tak , aku pun tak bekerja ! aku pun belajar macam korang .

Meskipun aku dapat biasiswa , tapi itu tak bermakna duit tu untuk aku joly. Aku boleh je belanja , tapi apa korang rasa kalau korang je asyik belanja orang , tapi orang tu , kalau kau pinjam seringgit pun , bila kau ganti balik dia amik. Ape rasa korang ?

Baru-baru ni aku keluar dengan Hanan dengan Bibil. Aku tak berkira sangat nak belanja dorang sebab Hanan masa dia ada duit , dia tak lokek dengan aku, Bibil pun tak pernah berkira dengan aku. Jadi aku tak kisah belanja dorang makan dengan wayang .

Tapi ada orang yang semua benda nak harapkan aku . Aku tak bekerja weh . Aku boleh tolak ansur dengan korang kalau korang minta tolong , tp dalam masa yang sama tolonglah tolak ansur juga dengan aku.

Dua tu je aku tak puas hati . Korang tolong lah faham . Ada kala kita ni dari memberi dengan ikhlas boleh jadi tak ikhlas tau .

Takpe , kita hulur je , tanda berbudi bahasa , biar sedikit asalkan ada rasa nak membantu orang yang bantu kita tu . Samada dia terima atau tak , itu belakang cerita .

Kalau aku minta tolong akak sedare aku hantar kemana-mana , aku mesti akan hulur juga. Sebab aku tahu dia bawak aku bukan dengan air , tapi dengan minyak.

dia terima atau tak , itu belakang cerita .

Korang percaya tak cakap aku , kalau aku kata , bila korang buat macam tu , orang pun tak akan rasa menyampah nak tolong korang . Rasa seronok pun ada sebab korang bukan jenis berkira dan memahami.

Dengar ni , ini bukan sebab nak berkira , cuma kita manusia . Sejauh mana je kita boleh membuta mata terima je segalanya , ada kalau hati akan tersentap juga.  kita mansia biasa.

Actually , aku dah lama pendam benda ni , sebab orang selalu buat , tapi rasanya dah tak boleh simpan . Aku sedikit kecewa dan terfikir , kenapa aku ni macam tempat orang nak minta belanja je .

Aku tak kisah nak belanja , sumpah weh ! tanya la orang yang keluar dengan aku , kalau aku ada duit , mesti aku akan belanja juga , tak wayang , aku belanja makan . tak belanja makan , aku belanja je apa-apa.

Last , kadang-kadang aku terfikir , bila masa aku nak dapat buah tangan? maksud aku macam nie , Bila aku ke negeri orang , orang tu akan kata , aku yang datang jadi aku la kena belanja tuan rumah .

Bila pula orang datang tempat aku  , aku juga kena belanja , katanya aku tuan rumah , jadi aku la kena belanja dorang  . Cuba korang fikir sejenak , apa yang aku rasa ? aku ke tempat orang , aku belanja , orang ke tempat aku pun aku belanja .

Percayalah ,aku tak berkira sangat dengan kawan-kawan . Kadang-kadang je la bila kawan tu terlalu berkira sangat dengan aku. Ye la, siapa boleh tahan kan .

Tapi kalau sering dan selalu kita je kena buat , siapa boleh tahan ? entah la, hope ada yang terasa dan boleh baiki . Aku akui aku pun ada kelemahan . Maaf . Sekadar luah perasaan je . Kbaiii .

lapar giler : makanya makan kfc tadi

Assalamualaikum. Niatnya begitu la. Niat hati rasa nak berdiet je . cis ! bajet keparat je ayat. Diet tahik kucing hang la ! Ye la, tak makan tau hari nie. 

Tang-tang tu , pergi makan kfc tadi . dengan family la, but small family je , sebab empat orang je ada. err-- Lapar sangat makanya aku order nasi ayam. serius ! kali ini rasa macam sedap je ayamnya . kami makan pun licen.

memang niat nak makan kfc petang tadi dengan ummi masa beli beg. Tapi umi suruh ajak walid. Siap lagi bagi rancangan macam mana nak ajak walid. kiki.

Maka sebelum isyak tadi, bermula la drama kami anak beranak untuk ajak walid. 

Me : walid jum makan kfc .
Walid : oh , kau jangan buat pasal, malas walid.
Me : ha , tu la ummi , akak dah cakap dah tadi pergi je siang tadi, ummi pulak suruh tunggu walid  ( padahal ayat ni tak ada dalam rancangan je , tetiba luncur keluar)
Ummi : sengih sambil menganggukk dan buat 'thumbs up' dekat aku. berjaya ! katanya lakonan mantop !
Walid : diam je.

Lepas je isyak tu , aku masuk solat , alih-alih ummi panggil kata nak makan tak ? aku cakap nak ler, lapar giler . Walid kata makan kfc . cis ! menyerongeh aku tak memasal. Solat , siap and makan ! 

Jemput makan semua . Steady la berlakon. Tapi aku dah dah pecahkan rahsia dekat walid cakap yang sebenarnya itu semua rancangan sebab nak makan kfc . wakaka. walid diam je . Faham sangat dah !

Walid tak tahu nak kata apa dah , yelah , dok pancing dia kan. Ala, yang penting dapat juga walid makan sekali kan. kiki. kbaiii






Dah start beli baju raya dah !



Assalamualaikum . Hyee . Tadi ni baru balik dari Mydin , dengan kedai kain entah nama apa entah . Sekarang dah start beli dan tempah untuk baju raya . 

Orang kata awalnya, bagi awal kejadahnya , start hujung bulan enam makcik jahit dah tak terima lagi kain untuk dijahit, tak larat la. Banyak sangat, jadi kena la hantar awal-awal supaya dapat siapkan . 

Tapi tak beli pun hari nie, tak berkenan . Semalam je beli dengan Hanan untuk buat baju punjabi .hehe .

booking hotel dicancelkan?


Memang ! memang cekik darah betul lah ! aku dah booking hotel berzaman , boleh dah nak dekat tarikhnya , dicanclekan . Ingat apa ? ish ! bengang tahu tak . atas sebab credit card invalid . 

Sesak nafas ah macam nie, dah 3 credit card aku guna, semuanya tak boleh .

Kalau tak ada duit tu lain lah cerita . Ini ada tau . stress aku la ! entah apa-apa je la. Menyampah sungguh aku.. Bila booking balik dah full pulak. Entah la.

berterabur juga pagi tadi aku call booking.com nak sahkan benda tu . dia nak tolong tapi katanya dah full. Entah la, tp bila aku cuba la booking balik tak guna booking.com , aku guna laman asli tune , terima lak . 

Aku tak tahu la tu dah kompem betul aku dapat bilik tu. 
Harap dapat. kesian ummi memang nak sangat merasa bilik tu . Harap Allah masih sudi bantu kami.

kla , nak gi tempah baju raya. baiii

cis ! adib dah tersenyum sekarang



  adib . adib shah ..dulu tadi update pasal si abang irfan ..now si baby pula. hui . kalang meradang .. kemain lagi .. sekarang dah senyum-2 . alaa tomel-2 . kbaiii

Published with Blogger-droid v2.0.10

irfan dah bergaya konon



  olaaaa . tu tengok tu bukan main lagi si irfan ni. nak bergaya ye . haha . poyo je muka tapi nsem n comel. haha. kbaiiii

Published with Blogger-droid v2.0.10

atuk balik pahang dah !



  assalamualaikum semua. salam petang . olla . baru lepas beli baju raya dengan hanan . err . kami siap makan piZza lagi sebab lapar gila.

  atok dah nak balik pahang dah . lebih kurang seminggu la atok duduk melaka ni. err tapi menyakitkan hati je. bukan sakit hati dengan atok. tapi dengan orang yang suka menyibuk tu . entah siapa la kan ..

  sepetutnya atok balik esok hari tp orang suruh balik hari ni pulak. baru je nak ajak jalan2 lagi dekat melaka.. lain kali je kot . kbaiii
Published with Blogger-droid v2.0.10

budak tahfiz di majlis aqiqah



budak -budak tahfiz tengah qasidah untuk majlis aqiqah kakak sedara aku . err . cun . kbaiii
Published with Blogger-droid v2.0.10

kena jaga adik irfan



Hari ni tak memasal aku kena jaga adik irfan .. baby ni adik sepupu aku la. tapi aku tak ingat lak apa nama dia . ekeke. yang lain gi kenduri aqiqah . jadi aku duk rumah jaga baby . nnti dorang balik baru aku pulak pergi . kbaii
Published with Blogger-droid v2.0.10

Big Bos kahwin lagi ?

Assalamualaikum . Tahniah . Tahniah . Tahniah ! kenapa tiga kali ? sebab isteri yang ketiga . Tahniah kepada Ustaz Azhari Isrus yang melangsungkan pernikahannya hari nie . gempak ustaz .


Majlis akad nikah . Tahniah ustaz sekali lagi . Gila gempak ! harap-harap suami saya tak kahwin tiga juga macam ustaz . hehe . terluka . kiki


Pandai ustaz cari ye . Muda bergetah . kiki . cun melecun . Gambar depan ustaz dan isterinya.


Gambar ustaz bersame isteri barunya diapit oleh isteri pertama dan kedua. Tahniah ustaz sekali lagi. Semoga kekal hingga hujung hayat . ado da 3 isteri, kuliah jangan berhenti . kiki . kbaii

kecewa tak dapat join blakcout PJ

Assalamualaikum. Aku stress ! ini semua salah siapa ? HAHA . stress aku la. Aku nak join perimpunan Blackout 505 dia Petaling Jaya tau . Sakitnya hati sebab tak dapat pergi .

 Nak join nak bus, tapi kengkawan semua tak boleh nak join .

Mak ayah aku pun tak nak pergi, dah tu dengan aku-aku sekali tak bagi pergi . Sakitnya hati, seronok sangat mereka . Ni adik sedare aku pergi, kalau la aku tahu dorang pergi, dah lama aku join . kbaii .



passtt .. psttt . untung la dapat pergi . jeles key . menci ! menci !

muka makin teruk


Entah la .. Rasa stress sgt sbb muka makin teruk.. Aku sendiri tak tahu apa ke sebabnya.. Muka aku ni dah macam kulit katak..menggerutu gila.. Paling tak tahan . Gatal nak mati...macam mana ni ? siapa ade produk terbaikkk dari sawah ? tapi nak yg murah.la.. Ekeke..takdo duit .. Esok dah la kenduri ..malu la den nnti ..hehe.kbaiii
Published with Blogger-droid v2.0.10

Blackout 505 : Melaka

Assalamualaikum. Tarik Nafas lega sebab akirnya sampai juga ke rumah dari pulang ke Himpunan Blackout 505 peringkat negeri Melaka. Ha kaww ! dah macam pertandingan pidato peringkat negeri melaka bagai.

Untuk pengetahuan semua. Memang superbest terbest sangat .  Dengan kehadiran rakyat melaka yang begitu ramai, rakyat Melaka yang inginkan perubahan, bukan berada ditangkuk yang lama. Kami mahu Malaysia yang adil dan bersih .

Kehadin pemimpin terhebat seperti DSAI , Rafizi , Mohd Sabu , Shamsul ( pemimpin yang berjaya mengalahkan Ali Rostam bekas menteri besar Melaka ) , Tuan Haji Adly Zahari , dan pemimpin hebat yang lain.



Gambar ini dicuri dari seseorag . kiki . Maaf . credit to : RIZAL


semasa ucapan DSAI . Aku memang tak dapat la nak masuk . Sebab ramai giler. kitorang merempat je la. Untungla orang awal dapat duk depan .


Syamsul sedang berucap. Orang yang berjaya mengalah Ali Rostam . Tahniah .


Persuruhjaya PAS Melaka, juga merangkap calon DUN durian tunggal. Kacak tak ? Mad Taib dah berkenan nak buat menantu tu . ekeke.

Okay . Now , sila santap dan nikmati gambar kami pula.


My Boyprengg . Nampak muda kan Haji Ali .


Sweet couple. Alolo. Dulu Kini dan selamanya sangat sweet . Hope dapat suami macam walid.


Tara . Ini sebelum nak keluar , kena la bergmbar dulu kan. Tak sah la kalau tak bergambar  . Almaklumlah kami kan dah jadi model la nie.


Super Hitam sahaja . Amboi kemain lagi memasing ye . Cun !





duduk je la berkelah tepi longkang . Kan tak dapat masuk , ramai sangat . Tapi nanti keluar berita , dua tiga orang je . Huh !





T-A-M-A-T

gempak tengok fast and furious 6

Wewwiiit . Olaaa ! aku sepatutnya sekarang ni kena kemas rumah. Kejap la, nak update belog . Kiki. Tak tahan la.

Okay , semalam aku keluar buang masa dengan girlprenggsss aku . Asalnya aku dengan Hanan je , dia habis exam semalam STPM kan , jadi aku amik dia dekat sekolah. Lepas tu, dah nak dekat hari kejadian, aku masej dia tak on phone.

So, sebagai nak cover takut dia tak join . Aku ajak la bibil. Aku gi amik dia dekat taman krubong perdana. Huh ! khayal je bawa kereta semalam, nasib baik tak boom !


Lepas tu aku dengan bibil pergi la pulak ke sekolah Sultan Muhammad untuk amik Hanan. Nasib baik la dia tu jadi je. Hantar dia balik ostel tukar baju. Dah pergi . Giler gempak citer fast and furious6 nie . Untuk pengetahuan umum , aku ni tak minat sangat tengok cerita omputeh. Tapi aku layan la jugak, jadi ni kali pertama la aku tengok cerita tu .


Giler supergempak mempak nak meletop ! dah la best , gempak pulak tu . Cool je .tapi sayang lah girl yang cun melecun yang lawo nak mati tu , dia pun mati , aku tak puas hati, tapi aku rasa mesti dia hidup untuk filem fast furious 7 . sebab boyprengg dia kena langgar last tu . Aku nak tengok yang ke 7 punyaaa.

Jum nikmati wajah cun awek nie . Biarpun tak cun , ini satu doa. Mana satu boleh jadi cun kan.


Taraaa  !! masa ni dah habis makan kfc . Aku yang belanja tau . Bukan nak bangga diri cuma nak mendabik dada je . kiki


amik kawwww! muka selambak dah hanan nie . Penuh muka nie setepk ! tapi apa-apa pun cun kan awek-awek nie .


Me and Besrengggg 11 tahun tawww .


Taraaa! bil termenung ingat sape nie ? teringat boyprengg lama ke ? time nie tunggu hanan ke tandas sebab takut terkucil. dalam pawagan tu kan sejuk. Macam-macam hanan nie . kbaiii . demam fast and furious la.